Funny Youtube Videos

Funny Videos with combine views of One Billion times

Click Here For FUNNY VIDEOS ON YOUTUBE

Wednesday, 21 November 2007

Tidur boleh, seks jangan


KUALA LUMPUR: Lagak seperti perempuan jalang, namun mereka digelar ‘Minah ringan-ringan’ kerana hanya menawarkan perkhidmatan seperti menemani pelanggan bersuka ria dan menonton wayang.

Mereka juga boleh diajak tidur di hotel tapi dilarang melakukan hubungan seks.

Hubungan mesra bersyarat itu dikesan dilakukan segelintir pelajar kolej yang bersedia menjadi teman sosial kepada lelaki baru dikenali sama ada melalui rakan atau laman sembang.

Bagaimanapun, lelaki yang mahu melanggani mereka hanya dibenarkan melakukan tiga perkara iaitu memegang tangan, memeluk atau melakukan ciuman ringan tanpa membabitkan hubungan ranjang, termasuk seks oral.

Wartawan Harian Metro yang berjaya menjejaki seorang gadis terbabit, Fara, 22, mendakwa mula aktif sebagai teman sosial selepas secara tidak sengaja menemankan seorang rakan yang menceburi bidang itu sejak beberapa bulan lalu.

Usaha mendekati Fara mulanya menghadapi kesukaran berikutan dia curiga bagaimana penulis memperoleh nombor telefon bimbitnya dan banyak bertanya berkaitan latar belakangnya.

Dia yang dipujuk berulang kali akhirnya bersetuju dibawa keluar dengan menetapkan beberapa syarat, antaranya hanya boleh membawanya keluar antara jam 8 malam hingga 8 pagi esoknya.

Selain itu, penulis perlu memastikan hotel yang diduduki selamat dan bukan hotel murahan atau rumah tumpangan kerana bimbang dicekup pihak berkuasa.

Fara menetapkan perkhidmatannya RM100 selain memberi amaran jangan cuba-cuba melakukan hubungan seks kecuali adegan ringan-ringan.

Ditanya kenapa dia sanggup keluar atau tidur dengan lelaki tetapi tidak membenarkan hubungan seks, Fara sekadar memberi jawapan dia belum bersedia untuk ‘itu’ dan hanya mahu menjadi teman berbual kepada lelaki yang kesunyian.

Fara bersetuju berjumpa di sebuah lobi hotel di Jalan Sultan Ismail sebelum diajak menjamu selera sebelum dibawa masuk ke bilik hotel.

Dia yang berseluar jeans dan kemeja-T dengan potongan badan menarik mudah diajak berbual tanpa rasa kekok walaupun kali pertama berjumpa.

“Saya bukan bohsia atau pelacur! Saya cuma tawarkan khidmat menemankan lelaki kebosanan dan inginkan rakan berbual,” katanya sambil menyedut rokok.

Menurutnya, dia boleh berlagak seperti kekasih, malah ada antara pelanggan hanya menggunakan khidmatnya untuk ‘menunjuk-nunjuk’ di hadapan rakan sekerja kononnya mereka mempunyai teman wanita cantik.

“Ada yang kata saya sama seperti perempuan pengiring tapi saya bukan pelacur. Biasanya pelanggan cuma mahukan teman berbual kerana kesunyian.

“Duit yang mereka beri jarang dianggap macam duit perkhidmatan, sebaliknya lebih kepada duit makan atau tambang teksi pulang saja,” katanya sambil membancuh kopi yang disediakan di bilik hotel.

Penulis seterusnya bertanya sama ada dia pernah melakukan hubungan seks dengan pelanggan di hotel, namun Fara segera menepis andaian itu.

“Saya masih suci. Setakat kiss (cium) biasa atau peluk saya tak kisah...tapi tak boleh buat ‘love bite’ (gigitan cinta)...takut nanti family (keluarga) tahu...nahas!”

Disoal sama ada dia bimbang jika ada lelaki yang ditemani tidur bertindak ganas atau cuba memperkosanya, Fara memberitahu, dia tidak teragak-agak melawan atau menjerit.

“Pernah satu ketika saya menendang seorang lelaki yang mahu membuka zip jeans saya sebelum saya terus berlari keluar dari bilik hotel. Saya sudah biasa dengan pujuk rayu lelaki dan ‘kebal’ dengan godaan.

“Malah, kebanyakan lelaki akan berhenti selepas saya mengugut untuk membuat laporan polis dirogol jika ada yang mahu meneruskan niat terbabit,” katanya sambil tidak henti-henti menghisap rokok.

Dia turut menolak jika diminta membuat onani atau seks oral walaupun ditawarkan bayaran lumayan.

“Saya tak mahu jadi perempuan simpanan...cukup keluar suka-suka. No commitment! Saya sudah ada pelanggan tetap yang boleh dipercayai,” katanya yang menganggap lelaki sekarang mempunyai banyak pilihan dan cita rasa.

Dakwanya, pelanggannya bukan mengejar seks tetapi cuma mahu teman wanita berbual dan keluar bersantai.

Lebih menarik sepanjang perbualan itu, Fara nampak jauh lebih matang berbanding usianya dan mampu memberi pendapat bernas dalam pelbagai isu sama ada membabitkan dunia hiburan, kerjaya, sukan hingga kepada model kereta terkini di pasaran.

Ini terbukti apabila dia mendakwa amat meminati lakonan Jessica Biel dalam filem I Now Pronounce You Chuck and Larry yang dianggapnya mempunyai daya tarikan seksual kepada lelaki selain Simon Cowell juri American Idol’s.

Dia tidak kekok bercakap mengenai kereta kegemarannya seperti Honda Civic Hybrid yang boleh menggunakan petrol atau bekalan elektrik selain bercerita mengenai kereta mewah model Audi Q7 atau BMW X5 yang berharga lebih setengah juta ringgit.

Selepas berbual lebih dua jam, penulis yakin kepetahan serta pengetahuan dimiliki gadis seperti Fara menjadi kelebihan serta daya tarikan utama kepada lelaki untuk mendampingi mereka.

Seorang lagi rakan Fara dikenali sebagai Sofea, 20-an yang dihubungi mengaku ada antara lelaki dikenali lebih gemar mengisi masa lapang atau berbual di bilik hotel sambil menonton televisyen.

Menurutnya, lelaki seperti itu hanya mahukan pelukan manja sepanjang malam selain mencurahkan isi hati serta masalah dihadapi.

“Untuk itu, kami tidak hanya perlu mempunyai penampilan menarik, malah bijak membelai jiwa lelaki seperti memicit bahu atau kepala mereka untuk ketenangan,” katanya.

Untuk kelihatan menarik, dia mengutamakan penampilan diri dengan memilih kosmetik berjenama seperti Clinique atau Lancome selain wangian Christian Dior.

Source: Harian Metro

1 comment:

Anonymous said...

hahah..
i gotta get me one of those..