PUAS menjelaskan kedudukan sebenar serta memperkenalkan identiti diri sendiri tetapi jawapannya tetap sama. Orang ramai masih juga berkeras untuk mengambil gambar, mendapatkan tandatangan, selain bertanyakan perkembangan terkini.
Begitulah senario dilalui insan berwajahkan selebriti yang terpaksa menghadapi hampir setiap ketika disapa sebagai insan terkenal. Walhal, realitinya mereka bukanlah seperti yang disangka-sangka peminat fanatik sesetengah artis terkenal.

Jika dilihat daripada aspek berbeza, mungkin ada untungnya memiliki paras rupa umpama bintang terkenal. Layanan yang diterima, sanjungan serta perhatian sudah cukup memberikan keselesaan. Namun, bagaimana pula jika setiap masa diri diganggu dengan kegilaan peminat fanatik sehingga merimaskan dan mengurangkan privasi diri akibat populariti insan lain.
Itu belum lagi mengambil kira soal gosip serta perilaku artis sebenar yang turut `terpalit’ di wajah mereka semata-mata memiliki paras rupa sama.
i-Kon minggu ini menjejaki insan `bertuah’ yang saling tidak tumpah memiliki rupa paras seperti bintang terkenal. Shaifulruddin Mohd Idzaham Shah, Rafidah Ibrahim dan Ahmad Munir Mohamad umpamanya yang sudah `jelik’ disapa seperti Mawi, Datuk Siti Nurhaliza dan Fahrin Ahmad!
Bukan sekali dua, malah hampir saban hari mengalami peristiwa disapa sehingga ada yang begitu teruja melihat insan ini menaiki tren LRT, menikmati makanan di gerai dan menetap di kawasan perumahan kos sederhana sedangkan realitinya mereka bukanlah selebriti yang ternyata mencipta kemasyhuran dalam industri hiburan tempatan.
Sehinggakan, mereka sendiri sudah tidak mampu untuk menidakkan permintaan peminat selebriti terkenal walaupun secara nyata ketiga-tiga mereka bukanlah selebriti sebenar sebagaimana yang diragui orang ramai. Saya yang berpeluang mendekati `artis terkenal’ ini jelas bingung kerana mereka sebenarnya turut mempunyai pesona tersendiri seakan-akan artis.
Bukan saja cara pembawaan, percakapan, senyuman dan personaliti mereka bertiga juga saling tidak tumpah seperti Mawi, Siti Nurhaliza dan Fahrin!
“Kata orang manusia memang mempunyai tujuh wajah serupa. Mungkin Mawi sudah bertemu dengan seorang daripada tujuh insan lain yang serupa dengannya. Seronok juga bila dapat melihat orang yang serupa dengan kita,” akui Shaifulruddin atau turut disapa sebagai klon Mawi bagi yang mengenali identiti sebenarnya.
Bercerita mengenai tempias insan ternama ini, sebenarnya di sekeliling hidup saya sendiri pernah terserempak dengan ramai insan berwajah serupa. Ada lucu dan simpatinya bila melihat mereka turut disangka selebriti terkenal sedangkan yang betul adalah sebaliknya.
Umpamanya, kenalan saya, bekas wartawan di New Straits Times (NST), Hafidah Samat yang kini penyampai televisyen di Awani Astro yang sering kali disangkakan penyanyi terkenal Jaclyn Victor. Ingat lagi ketika di awal kemunculan Jac di Malaysian Idol, ramai kenalan mengusik Hafidah dengan nama Jac.
Selain Hafidah, Pengurus Perhubungan Awam Hilton Kuala Lumpur, Zalia Shamsul pula sibuk dikatakan mempunyai iras aktres terkenal Hollywood, Catherine Zeta Jones! Bekas model ini sendiri menafikan dirinya seperti bintang Hollywood terkenal itu.
Ketika ingin membuat artikel ini pun, seorang kenalan yang berkerja di sebuah penerbitan akhbar segera mengajak ke pejabatnya semata-mata untuk menyaksikan wajah pegawai keselamatannya yang persis legenda badminton negara, Rashid Sidek. Sungguh...memang serupa!
Ikuti, paparan serta pengalaman insan bertuah kerana memiliki rupa paras bintang pujaan!
SUDAHLAH masyhur, ternama dan menjadi buruan pereka fesyen terkenal dunia pula. Bagaimanapun, bukan mudah sebenarnya menjadi supermodel seperti Naomi Campbell. Model berkulit gelap ini menjadi perhatian peminatnya sehingga ada yang sanggup meniru penampilan serta wajahnya.
Bayangkan, peminatnya berani tampil sebagai Naomi ketika majlis penganugerahan Brit Awards. Kejadian ini membuatkan Naomi geram dan cemas.
Dia meminta penganjur berhati-hati terhadap wanita yang meniru perwatakannya.
Naomi mengetahui perkara itu selepas kemunculan wanita terbabit pada malam Anugerah Brit Awards yang dianjurkan kumpulan muzik Inggeris, Oasis, Rabu lalu.
Naomi berkata, sesiapa yang memalsukan identitinya bertuah kerana boleh masuk ke majlis itu secara percuma.
"Siapa dia sebenarnya? Saya tidak percaya dia sanggup menyamar sebagai saya dan berjalan pada majlis anugerah itu juga sebagai saya.
"Sebenarnya saya tiada di London pada Rabu lalu. Waktu itu saya di Paris untuk sesi penggambaran," katanya.
PARAS rupanya memang saling tidak tumpah seperti pelakon dan model popular, Fahrin Ahmad. Ketinggian, bentuk muka, berat hinggalah caranya tersenyum. Berkali-kali pun bila diperhatikan, memang kelibat aktor itulah seakan berada di samping anda.
Begitulah senario yang membelenggu penasihat undang-undang di sebuah bank terkemuka di ibu negara, Ahmad Munir Mohamad, 30, yang sering dikaitkan dengan Fahrin. Ke mana saja, bila-bila masa, perkara itulah yang dibangkitkan orang di sekelilingnya sehingga membataskan pergerakannya.
“Ramai kenalan dan saudara mara mula menyedari wajah saya saling tidak tumpah seperti Fahrin sejak iklannya bersama Maggie Sup disiarkan di kaca televisyen.
“Naik panik dibuatnya bila ramai menegur kerana ingatkan saya yang berlakon iklan itu,” kata Ahmad Munir yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.
Kekeliruan orang ramai semakin bertambah apabila Fahrin semakin popular dan mula menyinar dalam bidang lakonan menyebabkan dia secara tidak langsung terkena tempias populariti jejaka itu.
Boleh dikatakan saban hari, ada saja orang yang menegur Ahmad Munir kerana menyangkakan yang beliau adalah pelakon popular itu.
“Kejadian terbaru yang saya alami dalam tren LRT. Tiga remaja perempuan menyapa dengan mengatakan yang terlihat lakonan saya, Kasih Suci di TV3.
“Bayangkan ketika itu di tengah-tengah ramai penumpang, saya menjadi cukup malu untuk menghadapi semua itu sedangkan saya bukanlah Fahrin yang sebenar,” katanya.
“Situasi sama turut berlaku di tempat kerja. Sampai naik segan nak ke cafe kerana banyak mata yang memandang merasakan yang saya ini Fahrin. Malah, kenalan di tempat kerja juga menggelar saya tauke nasi ayam,” gelaknya bila mana namanya turut dikaitkan dengan penyampai dan pengacara, Linda Onn.
Lebih menguatkan lagi persamaan dua jejaka ini ialah masing-masing juga berusia 30 tahun dan memiliki ijazah dalam bidang yang sama - undang-undang!
Mungkin semua itu berlaku secara kebetulan, tetapi kedaan itu juga menyebabkan Ahmad Munir `meragui’ statusnya dalam keluarga.
Tiada adik-beradik lain yang berwajah seperti Fahrin, jauh sekali mereka sekeluarga mempunyai ikatan persaudaraan dengan Fahrin.
“Saya sampai bertanya pada ibu status saya dan ibu memberitahu saya adalah anak kandungnya,” katanya.
KELIBATNYA ketika menghadiri sesi uji bakat Akademi Fantasia musim kelima menimbulkan banyak persoalan. Ramai jugalah yang garu kepala melihatnya ketika berbaris panjang bersama calon lain. Pada fikiran orang ramai, bukankah Mawi sudah menggondol gelaran juara bagi musim ketiga, dua tahun lalu, mengapa menghadiri uji bakat lagi?
Itulah perkara yang membelenggu diri Shaifulruddin Mohd Idzaham Shah, 21, ketika menghadiri sesi uji bakat siri nyanyian realiti popular berkenaan, suatu ketika dulu. Walaupun tidak berjaya disenarai pendek, `tuah’ wajah seiras dengan penyanyi popular, Mawi membuatkan dirinya menarik perhatian ramai.
Bayangkan, pada sesi uji bakat itu, dia terpaksa `dikurungkan’ kerana ramai yang beranggapan anak muda kelahiran Kuala Lumpur ini adalah Mawi. Malah, hasrat untuk mencuba nasib bergelar peserta Akademi Fantasia bertukar cerita.
Sejak awal pagi hingga membawa ke petang dia terpaksa melayani temu ramah bersama media yang cukup teruja dengan penampilan dan gayanya yang saling tidak tumpah seperti penghibur muda terkenal itu.
“Beginilah saya sehari-hari. Sudah nasib kerana memiliki persamaan dengan Mawi. Namun, saya tidak merasakan ia sebagai suatu tekanan kerana percaya dengan kuasa-Nya sebagai pencipta.
“Malah, kerana berwajah seiras ini, saya menjadi rapat juga dengan Mawi dan berpeluang mengenalinya secara lebih dekat,” katanya yang menyifatkan Mawi sebagai seorang yang cukup terbuka dan kelakar.
Sering disapa orang sebagai Mawi, Shaifulruddin sudah tidak mampu untuk menjelaskan keadaan sebenar kerana ramai yang tidak mahu menerima penjelasannya hingga adakalanya dia hanya mengangguk dan tersenyum melayan sapaan orang seolah-olah dia adalah Mawi.
“Sebelum saya sampai ke sini (pejabatnya) tadi pun, sudah ramai yang menyapa ketika menuruni tangga di flet tempat saya tinggal. Sukar untuk menjelaskan dengan masyarakat yang masih tidak faham dengan identiti saya sebagai Shaifulruddin.
Tetapi dalam ramai itu ada jugalah yang tahu saya sebagai klon Mawi kerana terlihat paparan media sebelum ini,” katanya.
Dalam asyik bersembang dengannya, sempat jugalah menjeling tingkah lakunya, senyumnya, cara dia bertutur, tergelak dan langkahnya yang memang serupa dengan Mawi. Saiz badan dan ketinggian juga tidak banyak berbeza. Tiada cacat celanya lebih-lebih lagi bila dia mengenakan kaca mata hitam dan bertopi!
Tambah pula kepalanya yang botak dan wajah berjambang seperti Mawi. Sengaja meniru penampilan Mawi?
“Jika tidak membotakkan kepala ini pun sudah puas saya menghadapi peminat fanatik Mawi yang beriya-iya mengatakan saya Mawi yang sebenar,” katanya yang sebelum ini berambut panjang.
Ditanya adakah dia turut terkena tempias aura populariti Mawi, Shaifulruddin berkata, pesona Mawi cukup dirasakannya tidak saja melalui peminat fanatiknya tetapi dia sendiri turut diundang menyanyi untuk majlis makan malam.
Kebetulan, beliau sendiri boleh menyanyi dengan baik dan lagu penyanyi pujaan ramai itu jugalah yang didendangkan ketika mengadakan persembahan.
“Adalah rezeki untuk membuat persembahan dalam seminggu itu. Mungkin kerana aura Mawi, rezeki turut berpihak kepada saya,” katanya.
KEMENANGANNYA menerusi rancangan realiti, Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene, awal tahun ini bagaikan sudah diduga. Berbeza dengan peserta lain, karisma dan personaliti menarik gadis kecil molek berusia 21 tahun ini jelas terserlah sejak awal lagi.
Tetapi bukan itu saja yang membuatkan kemunculan Rafidah dinanti-nantikan dan menjadi perhatian ramai. Ada satu lagi keistimewaan gadis ini. Wajahnya persis Datuk Siti Nurhaliza!
Perhatikan raut wajahnya - mata, hidung, tulang pipi, bibir serta keningnya - saling tidak tumpah seperti wajah Siti Nurhaliza.
Lebih mengujakan tatkala berbual dengan Rafidah, suaranya juga persis penyanyi tersohor itu. Benar sekali, suara lemak merdu yang sedikit garau sebagaimana milik penyanyi itu turut dimiliki Rafidah. Gelak ketawanya usahlah dipersoal lagi - memang serupa!
“Ada pro dan kontranya bila memiliki iras seperti Siti Nurhaliza. Cuma saya meletakkannya dalam aspek positif menerusi keperibadiannya dan kejayaan beliau menerusi bidang seni ini.
“Peluang bertemu dengannya memang saat dinantikan kerana personalitinya memang cukup menarik serta tutur katanya cukup menyenangkan,” kata Rafidah yang memenangi wang tunai RM10,000, loket bentuk Pantene dan kontrak iklan bersama syampu terkenal itu selama setahun.
Ditanya adakah Siti Nurhaliza turut ada merasai persamaan, Rafidah berkata, antara dia dan penyanyi terkenal itu tidak pula membicarakan soal itu walaupun sering bertemu sepanjang program berkenaan, tetapi dia pernah dikhabarkan oleh penata gaya, Peter Lum yang Siti Nurhaliza ada membangkitkan hal berkenaan.
“Peter ada bertanyakan Siti Nurhaliza adakah Rafidah itu adiknya tetapi penyanyi terkenal itu menggeleng tetapi tergelak kerana merasakan memang ada persamaan antara kami.
“Peter kata, Siti Nurhaliza ada mengatakan yang dia seolah-olah melihat wajahnya sendiri di cermin bila berdepan dengan saya,” katanya yang hanya dimaklumkan mengenai peristiwa itu pada akhir rancangan realiti berkenaan.

Naomi Campbell ada dua

Muskil gara-gara Fahrin

Rezeki murah seiras Mawi

Rafidah klon Siti Nurhaliza

Source: Berita Harian
No comments:
Post a Comment