Tak bimbang populariti merudum gara-gara Hans
PELAKON dan penyanyi terkenal, Erra Fazira menyerah kepada takdir untuk menentukan kebenaran, malah menegaskan tidak gusar jika popularitinya menjunam gara-gara kontroversi membabitkan dirinya dengan aktor popular, Hans Isaac.
Erra berkata, dia positif dengan apa yang dilaluinya dan tidak mahu lagi memperkatakan mengenai hal itu biarpun kesabarannya sentiasa dicabar pihak tertentu.
Katanya lagi, dia sudah melakukan apa yang patut dilakukannya dan selebihnya menyerahkan kepada peminat untuk menilai kebenaran berita yang dipaparkan media.
Bagi Erra, dia tidak perlu serik dengan apa yang berlaku kerana percaya kepada hakikat kehidupan yang ada naik dan turunnya.
“Buat masa ini Erra ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya. Kalau boleh Erra ingin terus melangkah dan tidak mahu lagi memikirkan isu yang hanya membebankan fikiran. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu Erra laksanakan daripada terus memikirkan hal itu,” katanya ketika ditemui pada majlis meraikan tamat penggambaran filem Hidden lakonannya di Planet Hollywood Kuala Lumpur, di sini semalam.
Erra turut ditanya adakah isu yang ditimbulkan Hans terutama apabila dikatakan tidak jujur ketika membuat pengakuan memberi kesan, malah mencalar imej dan reputasi yang lebih 10 tahun dibinanya dalam bidang seni.
Kata Erra, dia menyerahkan semua urusan itu kepada Tuhan. Baginya, dia lebih selesa memilih untuk berdiam diri biarpun kontroversi itu terus hangat diperkatakan malah menduga kesabarannya.
“Cukuplah sekali Erra bersuara dan rasanya tidak perlu lagi mengulanginya. Sama ada kontroversi ini akan mencalar imej atau pun menutup periuk nasi, Erra serahkan semuanya kepada Tuhan. Dia yang menentukan rezeki Erra.
“Sudahlah jangan ditanya lagi mengenai hal itu. Erra hanya mahu bekerja dan terus bekerja untuk menanggung keluarga. Tanggungjawab Erra kepada keluarga besar dan ia menjadi keutamaan ketika ini,” katanya.
Ditanya apakah dia bersedia untuk bekerjasama dalam mempromosikan filem Cuci yang diterbitkan syarikat produksi Hans, Tall Order Production, Erra berjanji akan memberikan komitmen.
“InsyaAllah, jika tiada halangan Erra akan memberikan kerjasama. Ini soal kerja dan tanggungjawab, Erra perlu bersikap profesional,” katanya.
Erra juga menolak khabar angin mengatakan dia menjauhkan diri daripada peminat ekoran kontroversi itu.
Baginya, perkara itu tidak benar sama sekali kerana kesibukannya menjalani penggambaran Hidden bersama pelakon antarabangsa, Christopher Atkins membuatkan dia terpaksa menyusun semula aktiviti bersama peminat.
“Erra tidak pernah bersembunyi, lagipun di mana Erra hendak sembunyi? Tiada untungnya Erra berbuat begitu dan Insya-Allah apabila selesai semua kerja, Erra akan kembali berbincang dan menyusun semula jadual termasuk aktiviti bersama peminat mempromosikan produk Ferra Kosmolook,” katanya.
Source: Berita Harian Online

No comments:
Post a Comment