Funny Youtube Videos

Funny Videos with combine views of One Billion times

Click Here For FUNNY VIDEOS ON YOUTUBE

Saturday, 14 July 2007

“Hati saya sangat terguris” – Erra Fazira



“Erra kekasih saya,” itu kata Hans Isaac. Tetapi kata yang empunya diri, “Kami hanya baru di peringkat mengenali hati budi saja, bukan serius mana pun.” Ekoran dari insiden ini banyak kisah- kisah tersembunyi terpantul, nampaknya yang tersirat sudah menjadi tersurat.

Hans yang nampak benar-benar kecewa menganggap diri dan cintanya dipermainkan oleh primadona ini. Erra dikatakan ‘menduakan’ lelaki itu setelah bertemu dengan kekasih baru, orang kuat di Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin di kediaman Erra.

Sama sekali tidak saya sangkakan, Hans sanggup muncul dalam beberapa temu bual termasuk secara langsung di televisyen dan radio bagi mendedahkan kisah cinta yang “tragis” dan “dramatik” itu.

Ini juga sekali gus membina tanggapan baru orang terhadap Erra Fazira. Erra, wanita yang suka mempermainkan cinta lelaki. Tembelang Erra pecah di tengah jalan, gara-gara cerita dan pendedahan Hans, selain ditokok tambah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Erra begitu, Erra begini. Berbagai-bagai lagilah.

Benarkah? Bagaimanakah hati insan yang menerima tujahan itu? Remuk rendam atau biasa- biasa saja? Ketika kami bertemu, Erra kelihatan biasa-biasa saja. Dia mampu upaya menahan gelora dan kecewa di sebalik raut senyum dan jeling mata, malah sesekali pula ketawa kecil untuk membunuh kesunyian.

Banyak yang dibualkan termasuk hal yang boleh dan tidak boleh disebarkan kepada semua pembaca demi menjaga aib dan maruah pihak tertentu.

Kenapa Erra menolak cinta Hans?

Ceritanya panjang. Dalam kehidupan, Erra merasakan perlu untuk kita mencari lelaki yang boleh menjaga kita. Insya- Allah, itu pandangan saya. Tetapi saya ada isu lain yang lebih berat daripada itu yang perlu difikirkan. Buat masa sekarang ini, bukan saya tak boleh terima dia. Jodoh pertemuan kita tak tahu. Hari ini kita kata berat, tetapi kemudian kita tak tahu apa yang akan berlaku. Kalau masa depan dia juga jodoh saya, tak berani hendak cakap. Apa yang berlaku amat dikesalkan. Sekarang ni kita tengah bersihkan semua salah faham. Harap tidak akan berlarutan lagi sebab kita kena jaga hati banyak pihak.

Kenapa selama ini merahsiakan yang anda berdua sedang bercinta?

Prinsip saya, saya tak perlu cerita kepada satu dunia kalau saya sedang mengenali seseorang. Lainlah kalau kita sudah sampai tahap hendak bertunang atau merancang berkahwin. Saya cuba mengenali Hans tetapi tak jadi. Kalau baru hendak berkawan, baru hendak berkenalan sesuaikah tidak antara kami sudah mahu bising-bising? Nanti Erra juga yang dilihat buruk. Sebab itu Erra pilih diamkan diri, tak payah cerita sangat pasal hati dan perasaan. Bukan hendak bohong, hipokrit atau apa, tapi kita ni perempuan. Takkan benda macam tu pun hendak kecoh. Baru hendak kenal hati budi, takkan kena bagi tahu semua orang?

Hubungannya bermula bila dan berakhirnya bila?

Kita tak pernah declare yang kita ada perhubungan. Kita tak pernah kata,“ Ya kita pasangan kekasih.” Sehinggalah dia kata kami sudah berpisah, bagi tahu tentang hal itu di media. Mungkin itu satu kejutan untuk orang lain. Saya tak boleh cerita satu dunia. Teruklah kalau mula kena saja sudah mahu heboh-heboh. Kalau betul-betul jadi, lain cerita.

Maknanya Erra mengaku pernah jadi kekasih Hans?

Kami pernah cuba untuk mencari keserasian. Hubungan kami ke tahap itu saja. Masih mencari-cari arah. Yang serius sikit bermula hujung tahun 2006. Selama ini okeylah, apa sajalah, kita kawanlah. Bila tengok dia lelaki baik. Hans ni sangat ambil berat dan dia memang baik sangat. Penyayang. Dari situ nampak macam ada potensi, kita letakkan harapanlah.

Bila tahu tak boleh pergi jauh?

Awal tahun 2007. Sekitar Februari. Entah kenapa saya sudah rasa perlu menjarakkan diri masa itu. Ada sebab- sebabnya. Dia pun sedar akan hakikat itu. Tetapi sebagai orang yang tengah mencuba, kita tak putus asa. Tidaklah berakhir terus, cuma renggang. Dua minggu lepas berakhir segalanya bila saya bercakap secara terus terang dengan dia. Tetapi saya tidak mahu mengakhiri hubungan persahabatan kami. Macam dengan Yusry, lepas bercerai kami masih lagi jadi kawan. Sebab dia orang baik, saya tak mahu kehilangan kawan baik macam dia. Tetapi kami tak boleh lebih dari seorang sahabat.

Berita ini telah memburukkan nama Erra, termasuklah insiden yang berlaku di rumah Damansara, adegan tumbuk- menumbuk, boleh jelaskan?

Erra tak mahu sentuh cerita pasal tumbuk itu. Itu melibatkan pihak lain. Tetapi apa yang dia ceritakan banyak buat saya kecewa. Sakit jugalah hati ni. Bagaimanapun saya kenal dia, dia tengah marah. Dia boleh cakap macam- macam di luar kewarasan dia. Kalau dia okey, dia tak akan cakap macam itu. Tak apalah. Benda sudah jadi, kena hadapi sajalah.

Kononnya di rumah Damansara itu, Hans telah ‘memerangkap’ Erra dengan lelaki lain, bagaimana pula tu?

Ada benda benar, ada benda tak benar dan ada benda yang melampau sangat. Saya memang marah dengan hal itu, tetapi hendak buat macam mana sebab dia dalam keadaan marah. Saya akan ceritakan semuanya, tetapi secara ‘off record’ sebab melibatkan maruah orang lain juga. Macam-macam cerita yang ditokok tambah sedangkan hal sebenarnyanya bukan kami berdua (Erra dan Engku Emran) di rumah itu. Awak tahu saya tinggal dengan dua orang sepupu, seorang pengurus peribadi, pembantu rumah dan beberapa keluarga lain. Awak tahu macam mana rumah saya di Damansara, rumah teres dan saya tinggal dengan keluarga di situ. Rumah masa saya kahwin dulu tulah. Macam mana boleh timbul isu pelik-pelik pula? Malah Hans beritahu saya versi yang keluar di Internet pun dia sendiri macam tak percaya benda itu. Teruk sangat, dah tak logik jadinya.

Erra maafkan Hans?

Ya, saya maafkan dia. Itulah keadaan bila dia berada dalam keadaan marah. Dia cakap, versi itu semua bukan dari mulut dia. Tetapi versi yang sudah disampaikan kepada kawan-kawan dia yang kemudian memanjangkannya kepada media dengan tokok tambah. Antara kami, dua-dua ada buat salah. Dari pihak saya, saya tak mengakhirinya dengan betul-betul. Tidak berterus terang sepenuhnya. Dia punya bahagian pula terlalu beremosi. Jadilah macam ini keadaannya. Harap semuanya berakhir segera. Apa yang akan berlaku lagi, kita tak tahulah. Berserah saja.

Kelihatannya Hans seperti mengharapkan hubungan itu berkekalan. Macam mana Erra?

Tak tahulah. Benda ini sudah jadi. Kalau bertanya soal hati dan perasaan saya seorang, saya tahu. Tetapi bila melibatkan banyak pihak, keluarga, permainan media yang sudah ditokok tambah, hati yang tercalar tetap tercalar. Susah hendak jangka apa yang akan berlaku selepas ini.

Cerita-cerita Hans turut mencemarkan nama Erra, reputasi 15 tahun sebagai artis yang baik tercalar, macam mana hendak berhadapan dengan situasi itu?

Saya hanya perlu jadi diri saya. Macam yang saya kata ada yang benar dan ada yang sangat tidak benar. Saya tak boleh cerita semua kepada orang. Saya tahu apa matlamat saya, apa yang saya hendak. Orang lain tak tahu. Jadi tak boleh nilai saya dengan benda-benda ini saja. Jangan hukum saya melalui pandangan jauh mereka. Saya tahu di mana batasan saya sebagai wanita. Siapa yang tak mahu cari bahagia? Saya tahu saya berlandaskan apa. Jangan ingat saya hendak menghancurkan kepercayaan peminat atau apa. Saya buat sesuatu dengan bersebab. Kita buat baik pun kalau minda orang dengan hal negatif juga kita hendak buat bagaimana lagi? Saya serahkan pada Tuhan saja. Dalam keadaan sekarang Erra nampak mana kawan dan mana lawan.

Dan bila sebenarnya bercinta dengan Engku Emran ni?

Bila kita tengok tak boleh pergi dengan yang itu, Erra buka pintu hati untuk orang lain. Saya hendak seseorang yang boleh bimbing saya. Saya baru kenal dia tak sampai dua bulan. Sekitar Mei begitu. Dia baru balik umrah masa tu. Tiba-tiba hati saya rasa apa salahnya beri masa untuk dia. Tetapi saya tak mahu babitkan Emran di sini sebab dia terlalu baru di dalam ini ‘gambar’. Dan dia juga bukan artis untuk kita hendak bercerita pasal dia. Takkanlah dengan sesiapa Erra berkawan mesti bagi tahu semua orang.

Kenapa tak mahu bercerita, sekurang- kurangnya ia akan menutup cerita lama?

Tetapi saya tak mahu mengguris perasaan sesiapa. Lagipun saya tak tahu pasal dia banyak sangat. Tetapi dia memang lelaki yang baik juga, sama macam Hans. Latar belakang dia pun okey dari segala segi. Dunia dan akhirat.

Dia lelaki paling istimewa ketika ini?

Baru kenal, takkanlah sebegitu sekali?

Pandangan Erra, Emran lelaki yang bagaimana? Kacak? Hebat?

Kacak bukan soal. Dalam peringkat usia saya sebegini, paras rupa bukan ukuran. Kebahagiaan hati yang mutlak. Saya mencari lelaki yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat.

Betul ke Erra cakap dengan Hans yang ibu Erra sukakan Emran?

Memang saya ada cakap macam itu. Dan itu adalah kebenarannya. Kelebihan Emran ada. Emak saya sudah tentu lebih senang dengan ‘orang kita’. Harap semua orang faham situasi saya. Bila orang tua sudah suka, kita kena fikirkanlah dengan cara yang lebih matang lagi.

Hati Erra sendiri macam mana?

Aku pun tak tahu (menyanyikan rangkap lagu Misteri Mimpi Syakilla nyanyian Awie sambil ketawa). Saya tak tahu. Macam mana hendak cakap? Dengan Hans saya akui, pernah sayang dia sebab dia pernah hidup dalam hati saya. Kami pernah cuba mencari keserasian. Tetapi semuanya sudah berakhir sekarang ini, saya serahkan pada takdir saja untuk masa depan.

Baru putus cinta, terus jumpa buah hati baru, pandangan orang cepatnya hati Erra berubah. Erra sendiri bagaimana?

Saya baru saja buka pintu hati untuk berkawan dengan seseorang. Yang menjadi isu adalah bila pihak lain yang bercerita kononnya saya dan Emran sudah mahu kahwin. Kahwin apa, kami baru saja kenal. Sebab itu saya kata isu kahwin ni tak wujud buat masa sekarang. Saya sendiri tidak tahu jodoh kedua saya dengan siapa.

Apa yang buat Erra paling sedih, tertekan dan malu dari insiden ini?

Cerita yang di luar kebenaran. Keduanya, benda ini biasa saja dan berlaku kepada semua wanita lain. Semua orang berkawan, tengok okey ke tak, serasi ke sebaliknya. Saya juga manusia yang cuba mencari keserasian itu. Bila sudah jadi macam ini seolah-olah saya buat satu dosa besar pula. Macam mana saya hendak mengenali hati budi orang kalau saya tak boleh mendekatinya? Kalau dekat saja, terus kata bercinta, hendak kahwin dan sebagainya. Orang berkahwin boleh bercerai, dah beranak-pinak pun berpisah. Apatah lagi orang yang baru mengenali di antara satu sama lain. Ia proses biasa. Tetapi kenapa saya diburu macam saya sudah buat salah besar sangat. Erra Fazira tak boleh berkawan ke?

Erra akan bawa mana-mana pihak ke mahkamah atas tuduhan fitnah?

Tak. Ia bukan macam yang awak dengar daripada orang lain. Versinya banyak sangat. Keasliannya anda semua tak tahu. Hanya Erra dan mereka yang terlibat saja tahu di mana kebenarannya. Tak apalah, Erra tanggung semua ini. Tetapi dalam hati Erra tak ada dendam pada sesiapa pun.

Erra tak mungkin kembali ke pangkuan Hans?

Sehingga hari ini macam itulah. Tetapi apa yang berlaku masa depan saya tak tahulah. Bercinta ke apa ke, tak berani hendak cakap. Kalau saya cakap tidak, esok lusa ada pula. Tak berani lagi dah hendak berkata-kata. Takut.

Tidakkah Erra merasakan sudah sampai masanya Erra memerlukan seorang lelaki di samping?

Sebenarnya kalau tanya diri saya, saya hanya hendak ikut arus saja. Tak hendak paksa perasaan ‘‘oho mesti cari (suami) sekarang’’. Kalau sayalah. Tetapi saya fikirkan emak saya. Dia yang akan selalu menangis. Dia yang akan selalu marah dan membebel (ketawa) ‘‘kau tu dah tak muda lagi’’, bla... bla..bla. Macam-macam. Dia tidak senang selagi Erra tidak ada pasangan. Saya hanya fikir pasal emak. Sekarang Erra akui, tidak menolak kalau ada jodoh.

Kalau ada jodoh dengan Emran?

(ketawa). Saya kata saya tidak menolak kalau ada jodoh sekarang ni. Dengan sesiapa kita tak tahu. Tetapi soal jodoh, takkan hendak cacamerba saja. Ini jodoh yang kedua, mestilah saya kena lebih berhati- hati. Kena serasi dalam semua segi. Keluarga kena terima, budaya hidup kena serasi sebab kahwin ni isu besar. Bukan setakat hendak berkasih sayang, jadi teman wanita atau teman lelaki saja. Tetapi ini perkahwinan. Besar tanggungjawabnya itu. Kena lebih berhati-hatilah.

Maknanya Erra sendiri tidak pasti sama ada akan berkahwin atau tidak dengan Engku Imran?

Sedang mengenali. Terlalu awal hendak cakap pasal kahwin. Tunggu-tunggulah dulu. Kita pun tak tahu berkawan sampai ke tahap mana, takkan sudah hendak fikir pasal kahwin pula.

Apa komen Emran dengan cerita-cerita Hans di media?

Sebagai lelaki, dia sangat faham. Dan dia sangat tenang dengan cerita yang macam-macam ini.

Apa pula kata Yusry tentang kontroversi Erra-Hans dan Emran?

Dia tak ada di Kuala Lumpur masa tu. Dia di Jakarta. Tapi kami sudah tak cakap hal personal masing-masing lagi. Kisah peribadi Yusry pun Erra tak campur dah. Dia pun macam itu juga, tak campur soal personal Erra. Kami hanya kawan.

Lepas Hans buat pendedahan, orang kembali ke kisah dua tahun lepas. Erra bercerai dengan Yusry sebab Hans, betulkan?

Saya tak payah jelaskan hal itu. Sebab memang ia tak betul langsung. Erra tahu kita hanya berkawan. Media tulis kami bercerai sebab Erra dengan Hans dan Yusry pula dengan Fasha (Sandha). Kami tahu benda itu tak betul langsung. Masalah dalaman kita saja yang tahu. Saya tak payah jelaskan pada orang lain. Kadang-kadang kalau kita jujur, cakap benda betul tapi orang tak nak terima, mereka tak akan terima juga. Tak apalah. Kalau orang hendak anggap memang Hans punca kami bercerai sampai bila-bila pun, apa saya nak buat lagi? Saya tak boleh paksa orang untuk dengar cakap saya.

Source: Utusan Malaysia


No comments: