Funny Youtube Videos

Funny Videos with combine views of One Billion times

Click Here For FUNNY VIDEOS ON YOUTUBE

Saturday, 28 July 2007

Luah cinta, kikis harta: Kisah Gigolo Teksi Yang Terlampau


KUALA LUMPUR: Mereka pemandu teksi sambilan tetapi digelar ‘Gigolo Touch n Go’ berikutan gemar memperdayakan segelintir wanita dengan janji manis sebelum mengikis harta benda dan meniduri mangsa.


Selepas puas melampiaskan nafsu, pemandu teksi terbabit menghilangkan diri dengan meninggalkan mangsa mereka terkapai-kapai keseorangan.

Mereka yang bijak bermain kata-kata mencari penumpang wanita selepas waktu kerja dan ketika itulah, memanipulasi mangsa dengan pelbagai cerita menyayat hati, termasuk kisah hidup yang malang.

Ada antara pemandu teksi terbabit menceritakan kononnya mereka hidup kesepian selepas bercerai dan kini menduda sedangkan pada hakikatnya masih mempunyai isteri.

Sebaik mangsa termakan dengan cerita itu, pemandu teksi terbabit menawarkan khidmat menjemput pulang dari pejabat setiap hari.

Bermula dari situ, pelbagai janji manis ditabur dan perasaan cinta diluahkan kepada wanita berkenaan.

Untuk meyakinkan mangsa, mereka turut berani bersemuka dengan ahli keluarga wanita terbabit supaya tidak timbul keraguan, malah dapat meneguhkan lagi kasih sayang mereka.

Mangsa akhirnya menuruti setiap kemahuan ‘kekasihnya’ termasuk sanggup menyerahkan tubuh dan harta benda.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Effi, 30-an, berkata pemandu teksi terbabit yang bijak bermain kata-kata dipercayai menggunakan ilmu pukau terhadap mangsanya.

Katanya, dia serta beberapa rakan pernah menjadi mangsa kepada pemandu teksi seperti itu hingga dia pernah mengandungkan anak hasil hubungan dengan seorang daripada mereka.

“Saya turut terpedaya dengan kata-kata lelaki terbabit serta sanggup menyerahkan gaji dan barang kemas kepadanya.

“Selepas mendapati saya mengandung, dia mula menjauhkan diri dan mencari mangsa baru. Saya pula terpaksa menggugurkan kandungan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Effi, ada rakannya yang kini hampir gila kerana turut ditipu pemandu teksi hidung belang hingga sanggup menyerahkan segala harta benda miliknya.

“Malah, dek mabuk dengan cinta dan janji manis lelaki itu, dia sanggup bermalam dan melakukan hubungan seks dalam teksi,” katanya.

Effi berkata, mereka tidak berani melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa kerana bimbangkan maruah diri tercemar dan diketahui keluarga masing-masing.

“Pemandu teksi terbabit menggunakan nama palsu dan sering bertukar teksi bagi mengelak dikesan,” katanya.

Menurutnya, dia kesal dengan perbuatan golongan terbabit yang sanggup mencari makan dengan cara mudah dan menipu wanita sepertinya.

“Saya ingin menasihatkan wanita yang sering menggunakan teksi supaya berhati-hati dan jangan terpedaya dengan keramahan yang ditunjukkan pemandu pengangkutan awam itu.

“Mereka sanggup menggunakan 1,001 cara untuk membuatkan hati kita menyukai mereka,” katanya.

Bijak bermain kata-kata dipercayai menggunakan ilmu pukau terhadap mangsa.

Source: myMetro

1 comment:

Anonymous said...

"Luah cinta, kikis harta". Inilah lumrah nya mainan kebanyakan TOY BOYS dan GIGOLOS.Ini kisah benar tentang seorang jejaka masih muda berumur 26 tahun berasal dari Kelantan tetapi enggan mengaku dia tu orang Malaysia.Identiti sebenarnya sentiasa di bohongi.Hinggakan tiada orang tahu nama kelahiran nya. Dia sentiasa pakai nama ala Perancis tu.Dulu belum masuk modeling agency dia perkenalkan dirinya sebagai seorang dari Yeman. Setelah masuk Elite modeling agency dah jadi seorang BRAZILIAN MODEL pulak.Saya petama kali berjumpa dengan sidia ni di malam anugerah muzik di Kuala Lumpur.Memang semua orang kagum dengan ketampanan nya terutama wanita dan gays.Dia ni tinggi nya 180cm (5'10"), tak lah sesuai pun nak jadi runway model. Tapi sebab dia ni pergi gymn tiap hari jadi badan nya pun nampak macho.Rambut dia pula panjang ikal mayang. Sebab tu lah dia perasan yang dia tu BRAZILIAN kot.Saya nak bagi kesedaran pada semua, tak kisah lah perempuan ke lelaki/gay ke, jangan mudah di perdayai dengan paras wajah dan kesopanan lelaki ini semasa pertama kali berkenalan. Dia adalah con-man dan pisau cukur yang amat pakar memutar belit.Bila saya kaji balik baru lah saya tahu yang dia ni sebenar nya ialah PISAU CUKUR PROFESSIONAL.Oleh kerana paras rupa dan kesasaan badan nya ramai orang terutama sekali kaum hawa yang terpedaya. Dia ni bila pergi kelab atau keparti berlagak macam jutawan, berpakaian mahal, memikat pula perempuan yang berada atau berpangkat seperti datin dan Tengku, dan juga anak orang yang berada.Konon nya tak suka perempuan berpakaian sexy, tapi kalau tengok perempuan berbaju sexy, air liurnya melilih macam serigala dan mata tak berkelip hingga terbeliak.Kalau cakap hal agama memang hebat.Memang lah lelaki ni mempunyai multiple personality. Pandai berpura pura dan berlakun. Hai maklumlah dia ni pun pelakun tambahan dan pernah berlakun dalam Istana Idaman 3.Dia ni adalah seorang psychopath yang panas baran. Dia lakukan apa saja dan menggunakan orang lain demi kesenangan hidupnya..Jangan harap lah dia ni mempunyai hati perut sebab sepanjang hidup nya dia hidup terdesak tapi tanpa minat bekerja. Pilihan yang termudah lah pilihan nya ia itu menipu orang dengan berbagai helah dan pujuk rayu. Apabila mangsa sudah terpedaya, diserahkan jiwa raga, wang dan harta benda. Apabila habis dicukur nya dia akan tinggal mangsanya itu dan cukur mangsa baru pula..Oleh itu aduhai gadis, wanita dan siapa saja jagalah diri mu. Jangan terpedaya dengan seorang jejaka tampan dan sasa yang pandai memikat dan pujuk rayu ni.Walau pun dia ni menangis dengan air mata darah, jangan percayakan dia. Sebab dia adalah pemutar alam with twisted mind and character.He is a very dangerous person!Check lah kad pengenalan jejaka yang anda ingin dampingi terlebih dahulu terutama nya Wanita berada yang suka terpikat dengan 'anak ikan' yang ingin di jadikan TOYBOY.