Funny Youtube Videos

Funny Videos with combine views of One Billion times

Click Here For FUNNY VIDEOS ON YOUTUBE

Monday, 9 July 2007

'Saya makin rapat dengan Emran' - Erra Fazira



Ibu ingin saya berkahwin dengan orang kita sendiri'

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira, 33, akhirnya mengaku dia kini rapat dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal, 32, malah saling berhubung menerusi SMS.

“Saya kenal Emran sudah lama tapi berkawan dengannya tidak sampai dua bulan.

Hubungan kami semakin rapat selepas dia pulang dari menunaikan umrah.

“Apapun, kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan saya belum terfikir untuk berumah tangga dalam waktu terdekat kerana hubungan kami masih terlalu awal.

“Bagi saya, Emran seorang yang baik dan saya lebih suka serahkan soal jodoh kepada Tuhan , ” kata Erra dalam sidang media khas di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Erra mengadakan sidang media itu sebagai menunaikan janjinya kepada media untuk menjelaskan gosip hangatnya dengan Emran berikutan pendedahan pelakon Hans Isaac bahawa hubungan cintanya dengan bekas Ratu Cantik Malaysia itu sudah putus sejak dua minggu lalu.

Harian Metro Rabu lalu melaporkan kenyataan Hans, antara lain menyebut Erra mahu mengakhiri zaman jandanya dengan mengahwini Emran.

Hans menceritakan hal terbabit apabila diminta mengesahkan gosip yang tersebar luas mendakwa dia menemui Erra dan kekasih barunya di kediaman penyanyi dan pelakon jelita itu.

Erra seterusnya mengakui Emran sentiasa menyokongnya daripada belakang.

“Selepas apa yang berlaku, kami masih lagi berkawan.

Emran seorang yang 'cool' dan dia beritahu akan sentiasa berada di sisi pada saat saya memerlukan seseorang,” katanya.

Bagi Erra, apa yang penting, dia ingin memberi kebahagiaan kepada ibunya yang teringin melihatnya berkahwin semula selepas kegagalan rumah tangganya dengan penyanyi, pelakon dan pengarah filem, Yusry Abd Halim.

“Maklumlah, usia saya semakin meningkat dan wajah lelaki kacak bukan lagi ukuran bagi saya. Kalau boleh, saya ingin mencari calon suami yang boleh membimbing saya. Begitu juga ibu yang ingin saya berkahwin dengan orang kita sendiri.

“Bagi saya untuk mencari keserasian dalam sesuatu hubungan memerlukan sedikit masa. Justeru, saya terkilan apabila bila saya cuba mendekati seseorang, saya jadi buruan, seolah-olah sudah melakukan kesalahan dan dosa besar pula,” katanya.

Mengenai Hans, Erra mengakui pernah menyayangi Hans sebelum hubungan itu berakhir pada Februari lalu.

“Saya mula berkawan dengan Hans ketika sama-sama berlakon dalam filem Gemilang pada 1996. Hubungan istimewa terjalin antara kami pada penghujung 2006 dan berakhir Februari lalu.

“Selepas dapati tiada keserasian dengannya, saya mula menjarakkan diri secara perlahan-lahan dengannya dan hanya sanggup beritahu Hans hubungan kami sudah berakhir secara rasmi dua minggu lalu.

“Sejak putus dengan Hans, saya mula membuka pintu hati untuk orang lain dan pada masa itu bertemu dengan Emran dan kami mula b erkawan,” katanya yang menyifatkan Hans lelaki yang baik.

Erra tidak mahu bermusuh dengan dengannya kerana jika sesiapa kenal Hans, dia akan mengetahui pelakon itu mempunyai ciri-ciri lelaki yang boleh menjaga wanita.

Menurutnya, dia dan Hans tidak pernah mengumumkan hubungan mereka menyebabkan kenyataan Hans Rabu lalu mengejutkan semua pihak.

“Bagi saya dengan siapa saya nak kawan dan kenal, saya tak perlulah beritahu kepada seluruh dunia. Saya memang cuba untuk kenal hati budinya dan tengok sama ada kami ada keserasian dulu tapi nampaknya ia sudah sampai pada tahap ini.

“Saya ada isu lain yang lebih berat daripada itu sebelum menerima dia dalam hidup saya. Apa yang sudah berlaku itu amat dikesalkan dan semuanya sebab salah faham,” katanya.

Erra yang sedang sibuk dengan penggambaran filem Hidden, mengatakan dia juga kecewa dengan gosip yang disebarkan menerusi Internet dan kenyataan yang dikeluarkan Hans kepada media.

“Saya kenal Hans dan dia tak akan cakap macam itu.

Orang tengah marah pasti cakap benda yang tak rasional. Kenyataan yang keluar dari mulut Hans itu ketika dia sedang marah.

“Cerita yang disebarkan menerusi Internet dan pihak media itu ada yang benar, ada tidak benar dan ada yang melampau .

“Saya ada sebab untuk marah kerana ini soal maruah.

Saya sudah maafkan Hans dan seperti yang saya jangkakan, saya bagi dia tiga atau empat hari untuk tenangkan fikiran , ” katanya yang sudah

menyelesaikan masalah dengan Hans dengan baik.

Kata Erra, Hans juga memaklumkan dia bercerita kepada kawan tetapi versi yang keluar dalam media berbeza daripada apa yang disebut.

“Kami sudah okey. Dia keluarkan kenyataan itu tengah emosi. Hans ada menghubungi saya dan semuanya sudah selesai sekarang.

“Bagi saya, masing-masing buat salah dan semua berbaik sebagai kawan sekarang.

Selepas ini, saya tidak ingin komen lagi mengenai Hans atau Emran lagi. Apa yang berlaku selepas ini saya serahkan pada Tuhan,” katanya.

Hubungan intim Erra dengan Hans mula menjadi bualan ramai ketika mereka berlakon bersama dalam filem Persona Non Grata terbitan Nizarman Productions pada 2005.

Selepas Erra bercerai dengan Yusry pada 2006, sekali lagi hubungan istimewa Erra dengan Hans kembali diperkatakan apabila Hans menghadiahkan jam tangan Rolex bernilai RM10,000 sempena hari jadi Erra ke-33 pada Februari lalu.

Source: Harian Metro

No comments: