Funny Youtube Videos

Funny Videos with combine views of One Billion times

Click Here For FUNNY VIDEOS ON YOUTUBE

Showing posts with label Harian Metro. Show all posts
Showing posts with label Harian Metro. Show all posts

Thursday, 10 April 2008

Sexual harassment: Model lodges report


A 21-YEAR-OLD model has lodged a police report against the singer of a local band who allegedly harassed her sexually by sending her half-naked pictures of himself when he stayed at her family’s house in Pengkalan Chepa, Kelantan, reported Harian Metro.

Kelantan CID head Asst Comm Mazlan Lazim confirmed that the model named Wawa, accompanied by her 44-year-old father, met him for advice before lodging the report at the Kota Baru police headquarters on April 3.

Wawa said the singer, who is also an actor and model, was allowed to stay at her family’s house for 11 days because they worked for the same modelling agency, and he claimed he did not have relatives in Kelantan.

“Throughout his stay, he harassed me by sending his half-naked pictures taken in front of a mirror via MMS. He also sent an SMS asking me to go to the room he was staying in.

“He also hugged me and committed offensive acts towards me,” she told the newspaper on Monday.

“I fear he will take advantage of other girls. He is good at acting pious by talking about religion, and people were deceived by his personality, including my parents,” she said, adding that he had also claimed his parents passed away when he was a child.

“My family pitied him, that was why they allowed him to stay over at our house for 11 days without suspecting anything until he returned to Kuala Lumpur.” she added.

Sources: The Star Online, Harian Metro


Monday, 26 November 2007

Penari Seksi di Kapal Maksiat


GEORGETOWN: Hanya dengan bayaran serendah RM60, kaki judi beragama Islam mendapat lesen besar untuk melepas gian di dalam kasino manakala kaki maksiat juga bebas menjalankan aktiviti tanpa bimbang ditahan pihak berkuasa.

Penari Seksi

Inilah ‘kemudahan’ yang ditawarkan sebuah kapal persiaran mewah yang beroperasi dari pelabuhan negeri ini dengan perkhidmatan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam bagi pelayaran sepanjang 11 jam.

Difahamkan, kapal yang membuat pelayaran dikenali ‘Island Trip’ (Pelayaran Pulau) itu mempunyai lesen sah tetapi yang dikesalkan ialah perkhidmatan dan aktiviti perjudian serta maksiat disediakan di atasnya turut dibuka kepada orang Islam.

Hasil pengalaman wartawan Metro Ahad menaiki pelayaran berkenaan selepas mendapat aduan daripada orang ramai, dapat dirumuskan ‘Island Trip’ lebih kepada satu platform untuk kegiatan judi dan maksiat bebas daripada kawalan pihak berkuasa dan bukan khidmat pelancongan sebenar.

Pada mulanya penumpang akan menaiki sebuah bot laju dan dibawa ke kapal berkenaan yang berlabuh kira-kira setengah batu nautika dari pantai pulau ini.

Sebaik tiba di atas kapal, penumpang diminta menyerahkan kad pengenalan dan pasport untuk aspek keselamatan sebelum dibawa menjamu hidangan makan malam di restoran di tingkat lima kapal berkenaan.

Kapal sepanjang kira-kira 200 meter dengan lebar 30 meter dan mempunyai seramai 100 kru pelbagai negara itu kemudian dikatakan bergerak ke perairan antarabangsa.

Tinjauan mendapati di sebalik ada tanda amaran supaya umat Islam tidak memasuki kasino di luar premis berkenaan, namun pengawal keselamatan dan kakitangan bertugas hanya mengambil sikap ‘pejam mata’.

Malah, pemantauan mendapati kira-kira 25 peratus daripada 400 penumpang kapal itu adalah orang Islam dengan sebahagian besar mereka ligat mempertaruhkan nasib di kasino.

Kasino dipercayai memberi pendapatan terbesar kepada kapal itu kerana setiap pelanggan diberikan kupon RM20 percuma seolah-olah galakan penumpang berjudi.

Ini menyebabkan ramai umat Islam mengambil kesempatan berjudi berikutan undang-undang yang ketat di Malaysia dengan umat Islam tidak dibenarkan memasuki kasino di Genting Highlands.

Kasino di tingkat dua kapal itu memiliki 15 meja pertaruhan. Ia membabitkan permainan ‘Banker & Player’, ‘Roulette’ dan ‘Black-Jack’.

Selain itu, di tingkat dua dan lima kapal berkenaan turut menempatkan kira-kira 100 mesin jackpot di tempat terbuka dengan sesiapa saja boleh bermain. Malah, di papan kenyataan kasino mengenai pemenang jackpot sepanjang minggu lalu, dua nama orang Islam tertera di situ.

Bagaimanapun, berbeza dengan mereka beragama lain yang gambar mereka terpampang di dinding berkenaan, umat Islam yang menang jackpot antara RM18,000 hingga RM25,000 itu tidak ada gambar mereka.

Bagi pelayaran malam, kasino itu dibuka kira-kira jam 11 malam, iaitu sejam selepas pelayaran. Ia dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang cukup ketat bagi memantau pergerakan penumpang selain kakitangan kapal juga menggunakan walkie-talkie.

Malah, penumpang juga dilarang merakam gambar sama ada menerusi kamera atau kamera telefon bimbit di dalam kasino atau sudut jackpot.

Selain kasino dan jackpot, ruang arked permainan video di tingkat lima kapal itu turut menempatkan lima mesin slot kuda yang diharamkan di Malaysia dengan polis menggempur aktiviti perjudian haram itu secara besar-besaran tiga tahun lalu.

Selain aktiviti perjudian, kapal itu turut menyediakan khidmat urutan berharga RM66 untuk setiap 45 minit. Empat wanita Thailand berusia dalam lingkungan awal 20-an didapati bekerja di premis berkenaan.

Siasatan kemudian mendapati wanita terbabit menawarkan juga perkhidmatan seks dengan bayaran antara RM150 hingga RM200. Bagaimanapun, `perkhidmatan tambahan’ itu dipercayai dilakukan secara persendirian tanpa ada kaitan dengan kapal itu.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada penumpang kapal itu, ‘tarian bogel’ turut disediakan pada malam tertentu. Bagaimanapun, ketika wakil akhbar ini menaiki kapal itu, pertunjukan lucah itu tidak diadakan sebaliknya hanya ‘sexy show’ dengan penari agak seksi.

Kapal itu turut menyediakan bilik dengan kadar bayaran RM60 untuk sepanjang pelayaran dan bilik rehat (RM15) untuk mana-mana penumpang melelapkan mata sekiranya penat atau mengantuk.

Bilik berkenaan dipercayai mendapat sambutan hangat daripada pasangan bercinta di kalangan orang Islam untuk melakukan maksiat tanpa perlu berasa bimbang serbuan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam (JAI).

Difahamkan, pada hujung minggu, tempahan bilik perlu dibuat lebih awal berikutan permintaan tinggi.

Antara kemudahan lain disediakan termasuk refleksologi, salun, bilik tayangan filem, kedai cenderahati serta bistro yang beroperasi 24 jam untuk menikmati hiburan.

Tinjauan mendapati kebanyakan penumpang dewasa berusia antara 20-an hingga 60-an dengan kebanyakan ‘warga emas’ banyak menghabiskan masa di kasino.

Bagaimanapun, bagi pasangan muda, mereka hanya kelihatan ketika mula menaiki kapal dan kemudian waktu bersarapan sebelum pulang.

‘Pelindung’ operasi

GEORGETOWN: Alasan beroperasi di perairan antarabangsa dan tidak mengeluarkan sebarang dokumen hitam putih, termasuk resit kepada penumpang dipercayai menjadi ‘pelindung’ kapal persiaran mewah mampu bertahan sejak lima tahun lalu tanpa operasi mereka diganggu.

Ini kerana operasi kapal berkenaan hanya tersebar di kalangan kaki judi dan maksiat yang bimbang melakukan kegiatan mereka di dalam negara berikutan penguatkuasaan tegas pihak berkuasa.

Seorang pekerja industri yang hanya dikenali sebagai Didy, 45, mengaku ramai rakannya sering membawa teman wanita mereka menaiki bot berkenaan untuk ditiduri kerana selamat tidak ditangkap khalwat oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam (JAI).

“Kewujudan kapal ini mungkin agak asing kepada kebanyakan orang, tetapi bagi ‘kaki judi'’ dan ‘kaki betina’ memang ini tempat kesukaan mereka. Memang tak akan kena tangkap basah.

“Kalau tak ada ‘girlfriend’, mereka akan main judi kerana bayaran untuk naik kapal ini bukannya mahal cuma RM60 pagi dan RM70 malam,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) mengaku sukar mengambil sebarang tindakan terhadap umat Islam yang dilaporkan melakukan maksiat termasuk berjudi di atas kapal persiaran.

Ketua Unit Penguatkuasanya, Faizal Ibrahim, berkata pihaknya tidak boleh mengambil tindakan kerana sukar untuk mendapatkan sebarang bukti yang menunjukkan golongan itu berbuat demikian.

Menurutnya, pelbagai andaian boleh ditafsirkan sama ada kehadiran umat Islam di atas kapal berkenaan semata-mata untuk bercuti atau sebaliknya kerana pergerakan mereka sukar dikesan.

Katanya, lebih merumitkan kawalan keselamatan yang terlalu ketat oleh pihak pengurusan kapal akan menimbulkan kesulitan kepada penguat kuasa agama untuk mengambil sebarang tindakan ke atas mana-mana individu.

“Sama ada umat Islam berjudi atau melakukan maksiat sukar untuk dikenal pasti kerana segala aktiviti berkenaan didakwa berlaku di perairan antarabangsa.

“Setakat ini, Jaipp belum menerima laporan tetapi tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka melakukannya di perairan negara mengikut enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang

Source: Harian Metro

Wednesday, 21 November 2007

Tidur boleh, seks jangan


KUALA LUMPUR: Lagak seperti perempuan jalang, namun mereka digelar ‘Minah ringan-ringan’ kerana hanya menawarkan perkhidmatan seperti menemani pelanggan bersuka ria dan menonton wayang.

Mereka juga boleh diajak tidur di hotel tapi dilarang melakukan hubungan seks.

Hubungan mesra bersyarat itu dikesan dilakukan segelintir pelajar kolej yang bersedia menjadi teman sosial kepada lelaki baru dikenali sama ada melalui rakan atau laman sembang.

Bagaimanapun, lelaki yang mahu melanggani mereka hanya dibenarkan melakukan tiga perkara iaitu memegang tangan, memeluk atau melakukan ciuman ringan tanpa membabitkan hubungan ranjang, termasuk seks oral.

Wartawan Harian Metro yang berjaya menjejaki seorang gadis terbabit, Fara, 22, mendakwa mula aktif sebagai teman sosial selepas secara tidak sengaja menemankan seorang rakan yang menceburi bidang itu sejak beberapa bulan lalu.

Usaha mendekati Fara mulanya menghadapi kesukaran berikutan dia curiga bagaimana penulis memperoleh nombor telefon bimbitnya dan banyak bertanya berkaitan latar belakangnya.

Dia yang dipujuk berulang kali akhirnya bersetuju dibawa keluar dengan menetapkan beberapa syarat, antaranya hanya boleh membawanya keluar antara jam 8 malam hingga 8 pagi esoknya.

Selain itu, penulis perlu memastikan hotel yang diduduki selamat dan bukan hotel murahan atau rumah tumpangan kerana bimbang dicekup pihak berkuasa.

Fara menetapkan perkhidmatannya RM100 selain memberi amaran jangan cuba-cuba melakukan hubungan seks kecuali adegan ringan-ringan.

Ditanya kenapa dia sanggup keluar atau tidur dengan lelaki tetapi tidak membenarkan hubungan seks, Fara sekadar memberi jawapan dia belum bersedia untuk ‘itu’ dan hanya mahu menjadi teman berbual kepada lelaki yang kesunyian.

Fara bersetuju berjumpa di sebuah lobi hotel di Jalan Sultan Ismail sebelum diajak menjamu selera sebelum dibawa masuk ke bilik hotel.

Dia yang berseluar jeans dan kemeja-T dengan potongan badan menarik mudah diajak berbual tanpa rasa kekok walaupun kali pertama berjumpa.

“Saya bukan bohsia atau pelacur! Saya cuma tawarkan khidmat menemankan lelaki kebosanan dan inginkan rakan berbual,” katanya sambil menyedut rokok.

Menurutnya, dia boleh berlagak seperti kekasih, malah ada antara pelanggan hanya menggunakan khidmatnya untuk ‘menunjuk-nunjuk’ di hadapan rakan sekerja kononnya mereka mempunyai teman wanita cantik.

“Ada yang kata saya sama seperti perempuan pengiring tapi saya bukan pelacur. Biasanya pelanggan cuma mahukan teman berbual kerana kesunyian.

“Duit yang mereka beri jarang dianggap macam duit perkhidmatan, sebaliknya lebih kepada duit makan atau tambang teksi pulang saja,” katanya sambil membancuh kopi yang disediakan di bilik hotel.

Penulis seterusnya bertanya sama ada dia pernah melakukan hubungan seks dengan pelanggan di hotel, namun Fara segera menepis andaian itu.

“Saya masih suci. Setakat kiss (cium) biasa atau peluk saya tak kisah...tapi tak boleh buat ‘love bite’ (gigitan cinta)...takut nanti family (keluarga) tahu...nahas!”

Disoal sama ada dia bimbang jika ada lelaki yang ditemani tidur bertindak ganas atau cuba memperkosanya, Fara memberitahu, dia tidak teragak-agak melawan atau menjerit.

“Pernah satu ketika saya menendang seorang lelaki yang mahu membuka zip jeans saya sebelum saya terus berlari keluar dari bilik hotel. Saya sudah biasa dengan pujuk rayu lelaki dan ‘kebal’ dengan godaan.

“Malah, kebanyakan lelaki akan berhenti selepas saya mengugut untuk membuat laporan polis dirogol jika ada yang mahu meneruskan niat terbabit,” katanya sambil tidak henti-henti menghisap rokok.

Dia turut menolak jika diminta membuat onani atau seks oral walaupun ditawarkan bayaran lumayan.

“Saya tak mahu jadi perempuan simpanan...cukup keluar suka-suka. No commitment! Saya sudah ada pelanggan tetap yang boleh dipercayai,” katanya yang menganggap lelaki sekarang mempunyai banyak pilihan dan cita rasa.

Dakwanya, pelanggannya bukan mengejar seks tetapi cuma mahu teman wanita berbual dan keluar bersantai.

Lebih menarik sepanjang perbualan itu, Fara nampak jauh lebih matang berbanding usianya dan mampu memberi pendapat bernas dalam pelbagai isu sama ada membabitkan dunia hiburan, kerjaya, sukan hingga kepada model kereta terkini di pasaran.

Ini terbukti apabila dia mendakwa amat meminati lakonan Jessica Biel dalam filem I Now Pronounce You Chuck and Larry yang dianggapnya mempunyai daya tarikan seksual kepada lelaki selain Simon Cowell juri American Idol’s.

Dia tidak kekok bercakap mengenai kereta kegemarannya seperti Honda Civic Hybrid yang boleh menggunakan petrol atau bekalan elektrik selain bercerita mengenai kereta mewah model Audi Q7 atau BMW X5 yang berharga lebih setengah juta ringgit.

Selepas berbual lebih dua jam, penulis yakin kepetahan serta pengetahuan dimiliki gadis seperti Fara menjadi kelebihan serta daya tarikan utama kepada lelaki untuk mendampingi mereka.

Seorang lagi rakan Fara dikenali sebagai Sofea, 20-an yang dihubungi mengaku ada antara lelaki dikenali lebih gemar mengisi masa lapang atau berbual di bilik hotel sambil menonton televisyen.

Menurutnya, lelaki seperti itu hanya mahukan pelukan manja sepanjang malam selain mencurahkan isi hati serta masalah dihadapi.

“Untuk itu, kami tidak hanya perlu mempunyai penampilan menarik, malah bijak membelai jiwa lelaki seperti memicit bahu atau kepala mereka untuk ketenangan,” katanya.

Untuk kelihatan menarik, dia mengutamakan penampilan diri dengan memilih kosmetik berjenama seperti Clinique atau Lancome selain wangian Christian Dior.

Source: Harian Metro

Thursday, 13 September 2007

Amalan pelik pengikut Tok Pa


KUALA TERENGGANU: Seorang ketua ajaran pelik yang menjadi buruan kakitangan kerajaan kerana dikatakan memiliki ilmu bertaraf ‘karamah’ didakwa meminta pengikutnya hanya melihat bulu romanya meremang bagi menentukan waktu berbuka puasa.

Lelaki dikenali Tok Pa, berusia 50-an dan berstatus hartawan itu dikatakan aktif menjalankan kegiatan di sebuah kampung terpencil di daerah ini.

Dia yang mempunyai empat isteri, termasuk seorang daripadanya kakitangan kerajaan juga menggunakan ilmu hitam bagi membolehkan pengikutnya mematuhi permintaan dan arahan.

Tok Pa menjadikan umpan ilmu itu bagi menjerat pengikutnya.

Kegiatan lelaki itu didedahkan Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Darul Iman (UDM) di sini, Dr Abdul Manam Mohamad selepas didatangi bekas pengikut ajaran terbabit, baru-baru ini.

Menurut Dr Abdul Manam, bekas pengikut berusia 40-an itu menyertai kumpulan ajaran lelaki terbabit kira-kira lima tahun lalu dan meninggalkannya selepas mendapati ia bertentangan dengan Islam.

Katanya, bekas pengikut itu juga memberitahu ahli kumpulan terbabit hanya perlu berzikir seharian dan boleh meninggalkan solat fardu.

“Lebih pelik, bagi menentukan waktu berbuka puasa, pengikut hanya perlu melihat bulu romanya (Tok Pa) meremang sebelum boleh menjamah makanan.

“Amalan pelik itu disedari apabila mendapati penghuni di perkampungan itu sudah berbuka puasa lebih awal walaupun belum masuk waktu Maghrib.

“Malah, apabila ditanya, mereka mendakwa berbuka puasa selepas melihat bulu roma Tok Pa meremang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, bekas pengikut ajaran terbabit juga memberitahu, Tok Pa kini bertaraf hartawan dipercayai hasil sumbangan pengikutnya yang taksub.

Malah, dia juga memberitahu ada kalangan pengikut wanita yang dikatakan bercerai dengan suami semata-mata untuk berkahwin dengan Tok Pa.

“Selain itu, ada suri rumah yang sanggup menjual tanah sebelum wang itu dipercayai diserahkan kepada ketua ajaran terbabit.

“Saya difahamkan, Tok Pa memiliki wang dan harta yang banyak dan sudah membuka sebuah lagi perkampungan lain di Kelantan dipercayai bagi mengembangkan ajaran sesatnya itu,” katanya.

Kata Dr Abdul Manam, ketua ajaran sesat itu dipercayai mewujudkan perkampungan di kawasan pedalaman bagi mengelak kegiatannya dikesan pihak berkuasa selain memudahkannya melakukan kegiatan tidak bermoral.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada pengikut yang sanggup menyerahkan anak gadis mereka untuk dipersembahkan kepada ketua ajaran terbabit.

“Saya juga yakin lelaki terbabit menggunakan ilmu hitam bagi menundukkan pengikutnya menyerahkan apa saja yang diminta.

“Memang pengikutnya akan berang jika didakwa seperti ini tetapi sebenarnya mereka tidak sedar ilmu sesat yang diamalkan,” katanya.

Berdasarkan pengakuan bekas pengikut ajaran terbabit, Dr Abdul Manam berpendapat Tok Pa dan pengikutnya tidak mahu melakukan ibadah syariat.

Menurutnya, kumpulan itu mungkin menganggap syariat itu hanya kulit semata-mata, manakala isinya adalah hakikat (haqoqah) dan makrifat yang disangka mereka sudah mencapai tahap hakikat dan makrifat itu.

“Mereka mungkin menyangka Tok Pa sudah sampai ke tahap tinggi dalam perkembangan kerohanian dan kerana itu, tidak perlu lagi bersusah-payah melakukan ibadah syariat.

“Bukan setakat itu, kumpulan terbabit juga memandang rendah kepada orang yang mengamalkan syariat itu.

“Bagi mereka, zikir semata-mata sudah mencukupi bagi menggantikan amal ibadah kerana tujuan melakukan amal ibadah itu untuk mengingati Allah.

“Mereka yang beranggapan seperti ini sebenarnya terkeliru dalam memahami beberapa dalil al-Quran dan hadis,” katanya.


Source: Harian Metro

Tuesday, 4 September 2007

Tak hirau status


MELAKA: Pasangan ‘suami isteri’ sama jantina yang bernikah lima tahun lalu selamba berjalan beriringan keluar dari mahkamah dan menaiki kereta bersama-sama walaupun Mahkamah Rendah Syariah Ayer Keroh, dekat sini, baru saja mengisytiharkan pernikahan mereka tidak sah kerana tidak menepati syarat rukun nikah.

Malah, mahkamah juga memerintah pasangan itu difarakh atau dipisahkan kerana ‘si suami’, Mohd Sufian Mohamad, 40, atau nama dalam surat beranaknya, Mazinah Mohamad, selaku responden pertama adalah seorang wanita.

Responden pertama dinikahkan dengan Zaiton Aziz, 43, selaku responden kedua secara sah oleh Imam Satu Masjid Bukit Cina, Ishak Juki, pada Disember 2002, dan mengikut prosedur ditetapkan, termasuk ‘pengantin lelaki’ mendapat pengesahan bujang daripada sidang kampung.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 11 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002. Jika sabit kesalahan, pernikahan pasangan ‘suami isteri’ terbabit boleh dibatalkan dan mereka diarah berpisah.

Hakim Che Saufi Che Husin yang membaca keputusan kes itu selama 54 minit turut memerintahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menukar jantina dan nama dalam kad pengenalan responden pertama kepada nama asal seperti dalam sijil beranak.

Beliau juga berkata, segala kos pengurusan itu akan ditanggung responden.

Katanya, jika responden pertama tidak puas hati dengan keputusan mahkamah, dia boleh membuat rayuan dalam tempoh 14 hari mulai hari ini.

Keputusan mengetahui status perkahwinan pasangan terbabit dibuat selepas beberapa saksi daripada kedua-dua pihak dipanggil memberi keterangan dan penggulungan dibuat peguam bela pasangan berkenaan, Zulfiqri Zakaria dan penggulungan balas oleh peguam syarie yang mewakili Pendaftar Pernikahan, Rujuk dan Cerai Majlis Agama Islam Melaka (Maim), Mohd Mokhtar Karim.

Che Saufi berkata, lima saksi yang dikemukakan plaintif memberi keterangan secara konsisten dan tidak ada percanggahan dibuat saksi termasuk dari segi pentadbiran dan aduan.

Beliau berkata, mahkamah tertarik dengan keterangan diberikan pendaftar nikah, rujuk dan cerai bahawa pihaknya memberi peluang kepada responden pertama mengemukakan bukti jika dia lelaki, jabatan itu sedia mendaftarkan pernikahannya.

Bagaimanapun, responden gagal mengemukakan bukti berkenaan menyebabkan Maim terpaksa membuat keputusan memfarakhkan mereka.

Saksi kedua, iaitu imam hanya menjalankan tugasnya sebagai jurunikah berpandukan kad pengenalan responden dan dia hanya melaksanakan tanggungjawabnya.

Sementara itu, mahkamah juga berpuas hati dengan keterangan saksi ketiga iaitu Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mengakui banyak kelemahan dialami ketika proses penukaran dijalankan kerana tiada prosedur jelas.

Beliau berkata, kejadian ini berlaku mungkin disebabkan kesilapan ketika membuat penukaran status jantina.

Che Saufi berkata, saksi keempat dan kelima adalah doktor pakar dan mahkamah menyimpulkan kemahiran mereka tidak boleh dipertikaikan.

Katanya, keterangan doktor pakar berkenaan adalah konsisten dan mengikut proses yang betul dan tidak berlaku penyelewengan.

Malah, doktor pakar itu memberitahu mahkamah tiada tanda kelelakian dan alat kelamin pada responden pertama.

Selain itu, keterangan responden kedua yang dilakukan secara tertutup menyatakan dia tidak pernah menyentuh atau melihat alat kelamin responden pertama ketika bersama-sama dengannya.

Beliau berkata, mahkamah sudah melihat semua aspek dan kepentingan hukum syarak dan enakmen serta tidak tertumpu kepada keterangan individu sahaja.

Menurutnya, adalah haram kepada sesiapa termasuk perempuan dan lelaki melakukan penukaran jantina semata-mata untuk kecenderungan, minat, suka atau ingin untuk jadi lelaki atau perempuan atau sebaliknya.

Katanya, mereka yang melakukan perbuatan berkenaan perlu dipulihkan atau dirawat dan jika melakukan persetubuhan sesama perempuan adalah zina.

Che Saufi berkata, mahkamah amat puas hati dengan segala keterangan diberikan saksi kerana ia fakta yang boleh diterima.

Sebaik dijatuhkan hukuman, pasangan terbabit kelihatan bergegas keluar dari mahkamah.

Source: Harian Metro

Sunday, 2 September 2007

Kasanova songsang: Amal 'seks bebas'



KUALA LUMPUR: Satu ajaran sesat yang dikenali sebagai ‘Ajaran Mengenal Allah’ kini bergerak secara agresif di sekitar ibu kota dan Selangor untuk ‘merekrut’ ahli baru, dengan sasaran utamanya kasanova dan pelayan pelanggan (GRO) yang ingin segera masuk syurga.

Ketua kumpulan itu hanya dikenali sebagai ‘Zul’, dipercayai pegawai penguat kuasa undang-undang. Dia diberi gelaran ‘Ibu’ di kalangan pengikut ajaran songsang yang didakwa menjadikan sebuah apartmen mewah di Kampung Baru, di sini, sebagai lokasi perantaraan dengan pengikutnya.

Kegiatan itu didedahkan seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ain, yang bimbang akidah suaminya terpesong selepas menemui beberapa fakta yang menyimpang daripada ajaran Islam yang dipelajari suaminya sejak menyertai kumpulan itu, kira-kira 10 bulan lalu.

“Kami berkahwin lebih 30 tahun. Selama ini saya sering ‘makan hati’ kerana sikap kasanova suami. Dia memang ‘kaki perempuan’. Malah, pernah dia berkahwin baru secara senyap tetapi semua masalah berbangkit berkaitan wanita, saya yakin dapat menanganinya.

“Bagaimanapun, apabila membabitkan agama, saya ‘kalah’ dan tidak mahu bersubahat. Saya menemui banyak ajaran yang jelas menyimpang daripada Islam di dalam buku nota milik suami yang mengandungi ‘doa’ dan maklumat yang ditulis ‘Zul’,” katanya kepada Metro Ahad.

Antara ajaran yang jelas songsang ialah Allah itu bernyawa dan manusia diwajibkan mempunyai seorang isteri, tetapi dibenarkan menjalin hubungan sulit dengan ramai wanita.

Malah, ajaran itu turut menidakkan hukum Islam yang mengharamkan lelaki dan wanita bukan muhrim berdua-duaan di tempat sunyi, apabila ia ada hukum sendiri yang lelaki dan wanita dibenarkan ada di dalam satu bilik.

Ajaran itu juga memanggil Nabi Muhammad dengan panggilan Ahmad, kononnya kerana nama Rasulullah yang sebenar ialah Ahmad, bukan Muhammad.

Satu lagi ajaran kumpulan berkenaan yang berbahaya ialah semua nabi sebelum Rasulullah SAW beragama Yahudi atau Kristian yang tidak pernah bersembahyang lima waktu tetapi dijamin masuk ke syurga.

Justeru, umat Islam hari ini juga tidak perlu bersembahyang, sebaliknya hanya cukup dengan berniat untuk menjadi insan lebih baik.

Ajaran itu juga ada jampi atau mantera tertentu yang akan dibaca secara beramai-ramai di dalam perjumpaan yang diadakan hampir setiap malam, tetapi di lokasi berbeza seperti Kampung Baru, Sungai Buloh, Rawang dan Kajang bagi mengelak diserbu pihak berkuasa.

Bagaimanapun, kata Ain, ketika mengintip pergerakan suaminya sejak sebulan lalu, setiap aktiviti kumpulan itu hanya dihadiri antara 10 hingga 15 orang.

“Mungkin pada masa ini kumpulan mereka belum meluas dan tidak ramai pengikut. Namun, saya bimbang tarikan ‘kebebasan seks’ yang diamalkan kumpulan ini akan menarik lebih ramai orang yang ‘buta agama’,” katanya.

Mengimbas semula pembabitan suaminya di dalam kumpulan itu, Ain berkata, semuanya bermula November tahun lalu apabila suaminya yang berusia 55 tahun dan pengurus restoran lima bintang di ibu kota, berkenalan dengan ‘Zul’.

“Ketika itu rumah tangga kami menghadapi masalah selepas saya mendapat tahu suami berkahwin dengan wanita Indonesia. Sebelum itu saya tahu suami selalu bertukar teman wanita serta ada wanita simpanan, tetapi tidak sehingga tahap berkahwin.

“Bagaimanapun, selepas rahsianya terbongkar, dia berjanji untuk berubah. Akhirnya dia berjumpa ‘Zul’ yang bukannya membawa dia ke jalan benar, sebaliknya menjadi orang kuat ajaran yang saya percaya sesat,” katanya.

Ain mendakwa, berikutan terlalu taksub dengan ajaran itu, suaminya kini menghabiskan sebahagian besar masa dengan ahli kumpulan itu dan hanya pulang ke rumah tiga atau empat hari sekali, itupun hanya untuk mengambil baju dan memberi wang perbelanjaan rumah.

Katanya, dia pernah mengekori suaminya ke apartmen mewah di Kampung Baru, tetapi menunggu di bawah apartmen berjam-jam lamanya sambil memikirkan langkah yang sepatutnya diambil.

“Ini kerana, saya berseorangan untuk menyelesaikan masalah ini. Sekuat manalah kudrat saya sebagai wanita. Saya turut bimbang keselamatan diri.

“Meskipun lima anak kami sudah besar, saya tidak mahu membebankan pemikiran mereka dengan masalah yang dicetuskan bapa mereka kerana selama ini pun banyak masalah ditimbulkan,” katanya.

Ain mendakwa dia menunggu sehingga Subuh selepas mendapati kebanyakan pengikut kumpulan itu sudah pulang sebelum mengetuk pintu apartmen.

“Biasanya ‘waktu belajar’ mereka antara jam 12 tengah malam hingga 3 pagi. Ini kerana mereka bimbang diserbu pihak berkuasa. Malah, dalam buku nota suami saya ada tertulis, ‘jangan sebarkan ajaran ini tanpa mengenali seseorang itu dengan rapat’.

“Sebaik mengetuk pintu, seorang wanita berpakaian seksi berusia 24 tahun yang kemudian saya kenal pasti sebagai GRO membuka pintu. Di dalam apartmen itu, wanita itu hanya dengan suami saya.

“Apabila saya bertanya suami apakah dia tidak malu berkhalwat, sedangkan belajar agama untuk ke syurga, dia (suami) secara selamba membalas, Islam membenarkannya tetapi hanya ulama sekarang yang memutar-belitkan agama hinggakan yang mudah menjadi sukar, sekali gus menyebabkan orang kini menjauhi agama kita,” katanya.

Source: Harian Metro

Monday, 27 August 2007

Minah rempit tak bermaruah: Aksi lucah melampau - Videos Included


KUALA LUMPUR: Minah rempit kini semakin berani meletakkan diri mereka di dalam carta ‘sampah masyarakat’ berikutan penyebaran beberapa klip video kumpulan itu di internet dalam keadaan memalukan.

Jika sebelum ini banyak kumpulan mat rempit merakam aksi ‘berani mati’, kini minah rempit pula bertindak lebih dahsyat apabila secara sukarela membiarkan aksi jijik mereka dirakam dan kemudian dimuat turun di internet, termasuk laman web antarabangsa.

Kebanyakan klip video itu boleh didapati di laman web ‘YouTube’ dengan menaip perkataan ‘Minah Rempit’. Laman web itu kemudian memaparkan 63 transaksi atau klip video berkaitan kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, Metro Ahad yang melayari laman web itu hanya mendapati lapan daripada klip video berkenaan memaparkan aksi melampau minah rempit, dengan tiga menunjukkan aksi kelucahan melampau yang memalukan.

Klip video terbaru minah rempit yang dimuat turun ke laman web ‘YouTube’ seminggu lalu adalah paling berani bertajuk ‘Drunken Minah Rempit Show Off’ (DMRSO) memaparkan seorang minah rempit membuka baju dan menunjukkan payu daranya ketika membonceng motosikal ditunggang seorang mat rempit.



Dalam klip video selama 46 saat itu, minah rempit bertopi keledar itu turut menunjukkan isyarat lucah kepada penunggang dan pembonceng motosikal yang mengekori untuk merakam aksinya.

Walaupun baru seminggu dimuat turun dalam ‘YouTube’, klip video itu mencapai lebih 6,000 ‘hits’ atau ditonton 6,000 kali oleh mereka yang melayari laman web itu.

Ini perkembangan terbaru yang bukan saja memperlekehkan kewibawaan penguatkuasaan undang-undang, tetapi juga mencemarkan imej negara, terutama klip video itu dimuatkan turun ke laman web antarabangsa, sekali gus boleh ditonton di seluruh dunia.

Selain DMRSO, klip video yang turut mendapat sambutan hangat di internet bertajuk ‘Mat N Minah Rempit’ memaparkan aksi minah rempit berdiri lalu membuka baju dan menunjukkan payu daranya dalam aksi mengghairahkan. Di belakang minah rempit terbabit ialah seorang mat rempit memakai topi keledar.



Klip video lain bertajuk ‘Awek Rempit Kena Raba’ pula menunjukkan seorang mat rempit meraba dan memasukkan tangannya ke dalam coli seorang minah rempit di warung sambil diperhatikan beberapa rakan mereka.



Sebelum ini, klip video bertajuk ‘Awek Kedah Merempit’ (AKM) yang menunjukkan seorang minah rempit secara selamba tanpa rasa takut berdiri di belakang motosikal ditunggang secara ‘wheelie’ oleh seorang mat rempit mendapat sambutan hangat di laman web berkenaan berikutan ia dikatakan aksi paling hebat pernah dilakukan minah rempit.



Begitupun, di dalam ‘YouTube’ ada beberapa klip video yang sama dengan AKM tetapi mempunyai tajuk lain seperti ‘Remix Mat Minah Rempit Mengganas’, ‘Minah Rempit’ dan ‘Awek Kedah’.



Aksi lain minah rempit di laman web ‘YouTube’ ialah klip video bertajuk ‘Minah Bertudung Pacak’ menunjukkan dua gadis bertudung cuba melakukan aksi ‘wheelie’. Satu lagi klip video sama pula menggunakan tajuk ‘Apa Le Nak Jadi’.



Klip video bertajuk ‘Minah Rempit U’ pula menunjukkan sekumpulan minah rempit yang tidak memakai topi keledar menunggang lima motosikal di kawasan jalan utama, manakala ‘Awek Tenggek’ membabitkan aksi minah rempit membonceng motosikal sambil menaikkan punggungnya untuk menarik perhatian mat rempit lain.

Klip video terakhir ialah ‘Rempit’ yang menunjukkan minah rempit di atas motosikal pada siang hari menonton sekumpulan mat rempit menunjukkan pelbagai aksi berbahaya.



Semua klip video itu turut disebarkan menerusi telefon bimbit dan e-mel.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow, berang dengan apa yang berlaku dan menyifatkannya sebagai usaha menduga kesabaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau dipetik sebagai berkata, kehadiran klip video yang mudah diakses melalui internet dan telefon bimbit itu akan menimbulkan masalah apabila ada pihak, terutama remaja ‘cetek akal’, ghairah meniru aksi berkenaan.

Penyebaran klip video terbaru itu menunjukkan kumpulan rempit, termasuk minah rempit, semakin ganas dan sanggup melakukan apa saja untuk menarik perhatian masyarakat, seolah-olah perbuatan mereka sesuatu yang glamor.

Aksi ganas minah rempit terbaru ialah pada 18 Ogos lalu apabila seorang remaja perempuan berusia belasan tahun menendang motosikal anggota Skuad 42 Polis Trafik Kuala Lumpur untuk menyelamatkan teman lelakinya ketika cuba ditangkap dalam operasi mencegah mat rempit di Bandar Tun Razak, di sini.

Berikutan itu, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Hamza Taib, mengumumkan Skuad 42 yang diwujudkan khas untuk membanteras lumba haram yang kini hanya beroperasi di ibu kota akan diperluaskan ke negeri lain, terutama Pulau Pinang, Perak, Johor dan Selangor.

“Bukan mudah untuk menangkap dan menggempur kegiatan lumba haram kerana mereka licik dan berani. Sebab itu perancangan lebih teratur dan fokus perlu dilaksanakan, termasuk melakukan penyamaran,” katanya.

Beliau berkata, sejak 2005 hingga Julai tahun ini, seramai 1,557 pelumba haram ditangkap mengikut Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, dengan Melayu seramai 1,436 orang, Cina (51), India (63) dan kaum lain (tujuh).



Source: Harian Metro

Tuesday, 14 August 2007

Gadis lari kena gula-gula jampi



KUALA TERENGGANU: Seorang ibu mendakwa punca utama anak gadisnya berusia 18 tahun melarikan diri dari rumah selama sembilan hari sebelum pulang semula akibat termakan `gula-gula jampi’ yang dipercayai dilakukan seseorang.

Fatimah Ngah, 54, dari Kampung Beladau Kolam, dekat sini, berkata dia yakin anak gadisnya, Nurul Samira Nawi `terkena’ selepas memakan gula-gula berkenaan yang sudah dijampi.

Menurutnya, dia menemui gula-gula pelbagai jenama itu di atas meja di rumahnya yang ditinggalkan anak bongsu daripada lima beradik itu ketika mandi selepas pulang semula ke pangkuan keluarga kelmarin.

“Saya yakin gula-gula itu yang dipercayai sudah dijampi digunakan bagi menawan hati Mira sebelum dia melarikan diri tempoh hari.

“Ini kerana sebelum ini, Mira tidak pernah membeli gula-gula sebanyak itu dan jika ada pun akan diberikan kepada anak-anak saudaranya,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Malah, katanya, dia bertambah hairan apabila anak gadisnya itu sanggup menyembunyikan gula-gula berkenaan sehingga ditemui di atas meja ketika berada di bilik air.

“Sejak Mira ke rumah petang kelmarin, dia juga tidak banyak bercakap dan asyik menangis apabila ditanya mengenai punca dia meninggalkan rumah tanpa pengetahuan keluarga.

“Bagaimanapun, saya dan suami tetap bersyukur kepada Allah kerana membuka pintu hati Mira untuk pulang ke rumah walaupun sudah sembilan hari menghilangkan diri,” katanya.

Nurul Samira selamat pulang ke rumahnya kira-kira jam 5.30 petang kelmarin sebelum menghubungi seorang kakaknya meminta mengambilnya di Perhentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT).

Fatimah berkata, setakat ini, anak bongsunya itu hanya memberitahu dia bekerja di sebuah pasar raya di Shah Alam, Selangor bersama rakan sepanjang sembilan hari kehilangan nya

“Bagaimanapun, semua barangan kemas miliknya dianggarkan bernilai kira-kira RM2,000 didapati hilang dan apabila ditanya, Mira mendakwa sudah menjualnya bagi membayar sewa rumah di Shah Alam,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kisah seorang ibu yang tidak menjangka perubahan imej ditunjukkan anak gadisnya berusia 18 tahun membawa petanda dia akan lari meninggalkan rumah tanpa pengetahuan keluarga.

Sebelum kejadian itu, Nurul Samira dikatakan sentiasa memakai tudung, namun beberapa hari sebelum melarikan diri, dia dikatakan sudah tidak lagi bertudung.


Source: Harian Metro

Mat Skodeng kena belasah


CHERAS: Seorang Mat Skodeng dicekup orang ramai ketika asyik merakam seorang suri rumah yang sedang mandi dengan menggunakan telefon bimbitnya, di Pangsapuri Razak, Salak Selatan di sini, malam tadi.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 9 malam itu, lelaki berusia 47 tahun berkenaan merakam aksi seorang suri rumah, dikenali sebagai Hor, 33, yang pada ketika itu sedang mandi di bilik mandi kediamannya di tingkat satu tanpa disedarinya.

Bagaimanapun, kelibat lelaki terbabit disedari oleh jiran Hor, iaitu K Sinavasigam, 38, yang kebetulan keluar dari kediamannya sebelum menyergah lelaki terbabit yang kemudian cuba melarikan diri.

Siva berkata, dia mengejar lelaki itu sebelum lebih daripada 10 jiran tetangga yang menyedari insiden itu turut mengejar dan membelasahnya beramai-ramai sehingga dompet serta telefon bimbitnya dicuri.

“Kami memang dah lama nak tangkap dia (Mat Skodeng) kerana sebelum ini kami dapati sudah lebih tiga rumah dia ceroboh.

“Dia tinggal di Taman Pertama, dekat sini tetapi sanggup datang ke kawasan penempatan pangsapuri kami untuk intai gadis,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, malam tadi.

Lelaki terbabit dipercayai datang ke pangsapuri berkenaan hampir setiap hari selepas pulang daripada bekerja kira-kira jam 8 malam dan merayau di sekitar kawasan berkenaan untuk mencari mangsanya yang sedang mandi.

Sebelum itu, Hor berkata, dipercayai lebih tiga rumah diintai lelaki itu sejak tiga bulan lalu, akhirnya dia berjaya dicekup semalam.

Hor yang trauma dengan kejadian ini, berkata dia tidak sedar dirinya sedang dirakam ketika mandi sehingga dimaklumkan oleh jiran tetangga sejurus selepas lelaki terbabit ditahan dan dibawa ke balai polis berdekatan.

“Pada ketika itu suami saya keluar rumah dan saya tinggal bersama anak perempuan saya berusia tujuh tahun.

“Saya amat takut rakaman bogel saya disiarkan di Internet memandangkan telefon bimbit lelaki itu dikatakan hilang ketika dia dibelasah orang ramai,” katanya.

Menurut seorang penduduk pangsapuri berkenaan Mohd Fitri Mustapha Kamal, 20, dia turut sama mengejar lelaki terbabit dan ini bukanlah kejadian pertama.

“Sebelum ini kami cuba menangkapnya tetapi dia berjaya melarikan diri menaiki kenderaannya.

“Dia sudah merakam aksi wanita di pangsapuri ini mandi sejak tiga bulan lalu, isteri orang, anak dara, nenek pun ada yang menjadi mangsa,” katanya.

Timbalan Pengerusi Rukun Tetangga pangsapuri berkenaan, Albert Phoon Yaituak, berkata kegiatan licik lelaki terbabit sememangnya sudah dihidu penduduk sekitar namun dia berjaya melarikan diri setiap kali ditangkap ketika merakam.

“Kali ini dia tidak dapat lepas, sejurus selepas dia ditangkap dia dibelasah penduduk hingga mukanya hampir pecah dan hidungnya berdarah.

“Saya kemudian membawa lelaki terbabit ke Balai Polis Salak Selatan untuk membuat aduan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Rusli Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata suspek kini ditahan dan akan direman hari ini.

“Siasatan mendapati mangsa bekerja di syarikat mencetak dan datang ke pangsapuri berkenaan semata-mata untuk merakam aksi wanita sedang mandi.

“Bagaimanapun, kami masih lagi menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini,” katanya.

Source: Harian Metro

FM: Belasah dia betul-betul

Saturday, 4 August 2007

Dendam bekas tunang


AMPANG: Walaupun sudah lapan tahun ikatan pertunangan mereka putus, malah si wanita kini mempunyai suami dan dua cahaya mata, dia berterusan trauma kerana masih diugut rogol dan bunuh oleh bekas tunangnya.

Guru wanita terbabit menerima 24 surat ugutan daripada lelaki itu yang tidak berpuas hati kerana pertunangan mereka diputuskan.

Bekas tunangnya itu juga sering mengintipnya walaupun menyedari mangsa sudah berumah tangga dan mempunyai anak.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 30-an, berkata pertunangan mereka diputuskan dengan cara baik berikutan tiada persefahaman lebih lapan tahun lalu.

“Bagaimanapun, saya tak faham kenapa lelaki itu terus mengganggu walaupun mengetahui saya sudah berkeluarga,” katanya.

Siti berkata, gangguan daripada lelaki yang dikenali sebagai Zarawi itu kini semakin serius apabila dia sering muncul di kawasan sekolah untuk mengintip gerak-gerinya.

Walaupun sudah berpindah sekolah lebih tiga kali, Zarawi yang pernah menuntut di Jepun tidak pernah jemu menakutkan bekas tunangnya itu menggunakan pelbagai cara.

“Terbaru saya menerima satu sampul surat besar yang diletakkan di atas meja saya di sekolah pada 25 Julai lalu. Saya terkejut bagaimana surat itu boleh dihantar ke meja saya tanpa menyangka ia datang daripada lelaki terbabit.

“Isi kandungan surat itu mengandungi ugutan dan pelbagai perkataan kesat.

“Walaupun tidak meletakkan nama penuh dan tandatangan di surat itu, kandungannya jelas berkisar rasa tidak puas hati terhadap saya dan keluarga,” katanya.

Selepas meneliti kandungan surat yang dicetak menggunakan komputer itu, mangsa mendapati bekas tunangnya seolah-olah masih menyimpan dendam dan cuba mengganggu emosinya.

“Dia mengugut dengan menulis ayat: ‘Abah mungkin hanya dapat lihat mayat anak bongsunya terbogel dalam semak dirogol orang’.

“Ayat itu jelas merujuk kepada saya berikutan saya anak bongsu dalam keluarga,” katanya.

Kata Siti, tambah menakutkan apabila lelaki itu menulis: ‘Saya boleh apa-apakan anak-anak awak masa awak, suami , pak mentua dan adik ipar awak tiada di rumah,’ selain menghina keluarganya seolah-olah mereka berdosa terhadapnya.

Menurutnya, kata-kata itu jelas menunjukkan lelaki ‘sakit jiwa’ terbabit berbahaya dan mempunyai niat buruk terhadap keluarganya.

Malah, Zarawi mengugut akan menghantar samseng memukul abang ipar Siti yang pernah menasihatinya supaya tidak meneruskan kerja gila itu sejak beberapa tahun lalu.

“Bekas tunang saya itu mendakwa mampu membayar upah serendah RM500 untuk membunuh sesiapa saja, termasuk saya dan keluarga,” katanya.

Lelaki yang belum berkahwin itu juga mendakwa boleh mengarahkan orang supaya melanggar bapa mentua mangsa yang sering menunggang motosikal ke surau.

Katanya, surat ugutan sama turut dihantar kepada kakak, abang ipar, rakan baik dan bapanya di kampung.

Siti berkata, lelaki terbabit sudah dua kali menceroboh kawasan sekolah untuk mengendap dan bertemunya.

“Saya pernah berbincang secara baik dan menyangka semuanya sudah selesai. Bagaimanapun, dia terus mengganggu saya dan keluarga,” katanya.

Bimbang keselamatan diri, anak serta keluarga, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amer Awal, yang dihubungi berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap kes terbabit dan tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya.

Source: Harian Metro

Saturday, 14 July 2007

Gula-gula Viagra



Pasangan 'Viagra' dicekup

Sepasang suami isteri yang berusia awal 40-an ditahan kerana disyaki mengeluarkan ‘Viagra’ tiruan yang dibungkus seperti gula-gula menggunakan bahan kimia Sildenafil Nitrate dicampur dengan serbuk tepung jagung, tepung gandum dan pewarna biru.

Pasangan yang dipercayai dalang sindiket mengilang produk rangsangan seks haram dan terbesar buatan Malaysia itu, menjual produk berkenaan RM20 sebungkus melalui jenama ‘Damiana’ dan Tribulus’ dan `King Go.’

Mereka hidup mewah dengan memperoleh keuntungan jutaan ringgit selain memiliki rumah serta beberapa kereta Mercedes Benz.

Sildenafil Nitrate iaitu bahan kimia aktif untuk menghasilkan ‘Viagra’, dipercayai diseludup dari India atau China.

Bahan Sildenafil Nitrate disenaraikan racun berjadual dan hanya dibenarkan penggunaannya dalam pil Viagra tulen keluaran syarikat Pfizer untuk rawatan mati pucuk.

Sumber Kementerian Kesihatan berkata, kegiatan pasangan suami isteri terbabit terbongkar selepas pihaknya mendapat maklumat mengenai kewujudan sebuah kilang haram di Taman Serdang Perdana.

Hasil maklumat itu, sepasukan 20 pegawai penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan menjalankan intipan sebelum menyerbu kilang itu jam 11 pagi kelmarin.

Ketika serbuan, si suami cuba melarikan diri, tetapi dapat ditangkap bersama isterinya.

“Kami segera menjalankan siasatan di kilang itu yang didakwa syarikat pemasaran dan promosi beberapa jenama produk makanan kesihatan.

“Tindakan beberapa pekerja cuba menyembunyikan sesuatu dapat dikesan apabila satu bungkusan serbuk putih seberat satu kilogram dijumpai,” katanya.

Siasatan mendapati serbuk putih terbabit bahan kimia Sildenafil Nitrate iaitu bahan kimia aktif untuk menghasilkan Viagra yang diseludup dari India atau China.

Pegawai penguat kuasa juga menemui 3,000 kapsul berwarna biru yang disahkan sebagai Viagra tiruan.

Turut ditemui, 736 paket kecil berisi empat kapsul Viagra tiruan dengan setiap satu dibungkus seperti gula-gula untuk edaran pasaran gelap.

“Dipercayai, harga serbuk putih itu mampu mencecah hingga RM20,000 sekilogram mengikut harga pasaran gelap bagi membolehkan ia dijadikan bahan utama menghasilkan ubat rangsangan seks haram,” katanya.

Susulan operasi itu, sebuah lagi kilang milik pasangan terbabit di Pusat Perdagangan Seri Kembangan diserbu pada hari sama.

Hasil pemeriksaan, satu bilik rahsia dijumpai iaitu makmal memproses pil Viagra tiruan.

“Walaupun diarah dibuka, pekerja di situ memberi pelbagai alasan menyebabkan kami terpaksa memanjat bumbung untuk melihat barang yang disimpan di dalamnya,” katanya.

Sebaik dibuka, makmal berkenaan mengandungi pil Viagra tiruan yang dianggarkan berjumlah 7,464 biji.

“Tidak berpuas hati dengan rampasan terbabit, kami menjalankan siasatan terhadap kediaman mewah mereka di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan.

“Selepas digeledah, pegawai penguat kuasa menemui 700 paket Viagra tiruan yang siap dibungkus seperti gula-gula dengan warna bungkusan merah,” katanya.

Menurutnya, terdapat tiga jenis bungkusan gula-gula `Viagra’ menggunakan nama pelik seperti Tribulus, Damiana dan King Go.

“Setiap bungkusan Viagra tiruan itu sengaja dicetak dengan perkataan USA bagi mengaburi pihak berkuasa. Kami percaya pil Viagra tiruan itu mengandungi lebih 100 miligram Sildenafil Nitrate bagi membolehkan mereka yang memakannya mendapat kesan maksimum,” katanya.

Sumber itu berkata, mereka yang menjual atau mengedar produk haram itu boleh didenda tidak kurang RM5,000 atau dua tahun penjara mengikut Akta Racun 1957 dan denda antara RM25,000 hingga RM50,000 serta dua tahun penjara mengikut Akta Jualan Dadah Pindaan 2000.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu taksub dengan pelbagai ubat-ubatan seks yang diragui kandungannya.

Menurutnya, dalam satu kes di Kuala Lumpur, seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital sejurus diberi makan sejenis ubat seks yang dibeli suaminya menerusi peniaga kaki lima.

“Setakat ini, siasatan masih dijalankan dan kami mengesyaki ia mungkin berpunca daripada bahan kimia terlarang termasuk Sildenafil Nitrate atau Tadalafil. Apa yang pasti penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan maut, terutama jika pengguna mempunyai sakit jantung dan darah tinggi.

“Biasanya penggunaan bahan kimia itu memerlukan perskripsi doktor kerana boleh menjejaskan kesihatan jika diambil tanpa kawalan,” katanya.

Source: Harian Metro

Monday, 9 July 2007

'Saya makin rapat dengan Emran' - Erra Fazira



Ibu ingin saya berkahwin dengan orang kita sendiri'

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira, 33, akhirnya mengaku dia kini rapat dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal, 32, malah saling berhubung menerusi SMS.

“Saya kenal Emran sudah lama tapi berkawan dengannya tidak sampai dua bulan.

Hubungan kami semakin rapat selepas dia pulang dari menunaikan umrah.

“Apapun, kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan saya belum terfikir untuk berumah tangga dalam waktu terdekat kerana hubungan kami masih terlalu awal.

“Bagi saya, Emran seorang yang baik dan saya lebih suka serahkan soal jodoh kepada Tuhan , ” kata Erra dalam sidang media khas di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Erra mengadakan sidang media itu sebagai menunaikan janjinya kepada media untuk menjelaskan gosip hangatnya dengan Emran berikutan pendedahan pelakon Hans Isaac bahawa hubungan cintanya dengan bekas Ratu Cantik Malaysia itu sudah putus sejak dua minggu lalu.

Harian Metro Rabu lalu melaporkan kenyataan Hans, antara lain menyebut Erra mahu mengakhiri zaman jandanya dengan mengahwini Emran.

Hans menceritakan hal terbabit apabila diminta mengesahkan gosip yang tersebar luas mendakwa dia menemui Erra dan kekasih barunya di kediaman penyanyi dan pelakon jelita itu.

Erra seterusnya mengakui Emran sentiasa menyokongnya daripada belakang.

“Selepas apa yang berlaku, kami masih lagi berkawan.

Emran seorang yang 'cool' dan dia beritahu akan sentiasa berada di sisi pada saat saya memerlukan seseorang,” katanya.

Bagi Erra, apa yang penting, dia ingin memberi kebahagiaan kepada ibunya yang teringin melihatnya berkahwin semula selepas kegagalan rumah tangganya dengan penyanyi, pelakon dan pengarah filem, Yusry Abd Halim.

“Maklumlah, usia saya semakin meningkat dan wajah lelaki kacak bukan lagi ukuran bagi saya. Kalau boleh, saya ingin mencari calon suami yang boleh membimbing saya. Begitu juga ibu yang ingin saya berkahwin dengan orang kita sendiri.

“Bagi saya untuk mencari keserasian dalam sesuatu hubungan memerlukan sedikit masa. Justeru, saya terkilan apabila bila saya cuba mendekati seseorang, saya jadi buruan, seolah-olah sudah melakukan kesalahan dan dosa besar pula,” katanya.

Mengenai Hans, Erra mengakui pernah menyayangi Hans sebelum hubungan itu berakhir pada Februari lalu.

“Saya mula berkawan dengan Hans ketika sama-sama berlakon dalam filem Gemilang pada 1996. Hubungan istimewa terjalin antara kami pada penghujung 2006 dan berakhir Februari lalu.

“Selepas dapati tiada keserasian dengannya, saya mula menjarakkan diri secara perlahan-lahan dengannya dan hanya sanggup beritahu Hans hubungan kami sudah berakhir secara rasmi dua minggu lalu.

“Sejak putus dengan Hans, saya mula membuka pintu hati untuk orang lain dan pada masa itu bertemu dengan Emran dan kami mula b erkawan,” katanya yang menyifatkan Hans lelaki yang baik.

Erra tidak mahu bermusuh dengan dengannya kerana jika sesiapa kenal Hans, dia akan mengetahui pelakon itu mempunyai ciri-ciri lelaki yang boleh menjaga wanita.

Menurutnya, dia dan Hans tidak pernah mengumumkan hubungan mereka menyebabkan kenyataan Hans Rabu lalu mengejutkan semua pihak.

“Bagi saya dengan siapa saya nak kawan dan kenal, saya tak perlulah beritahu kepada seluruh dunia. Saya memang cuba untuk kenal hati budinya dan tengok sama ada kami ada keserasian dulu tapi nampaknya ia sudah sampai pada tahap ini.

“Saya ada isu lain yang lebih berat daripada itu sebelum menerima dia dalam hidup saya. Apa yang sudah berlaku itu amat dikesalkan dan semuanya sebab salah faham,” katanya.

Erra yang sedang sibuk dengan penggambaran filem Hidden, mengatakan dia juga kecewa dengan gosip yang disebarkan menerusi Internet dan kenyataan yang dikeluarkan Hans kepada media.

“Saya kenal Hans dan dia tak akan cakap macam itu.

Orang tengah marah pasti cakap benda yang tak rasional. Kenyataan yang keluar dari mulut Hans itu ketika dia sedang marah.

“Cerita yang disebarkan menerusi Internet dan pihak media itu ada yang benar, ada tidak benar dan ada yang melampau .

“Saya ada sebab untuk marah kerana ini soal maruah.

Saya sudah maafkan Hans dan seperti yang saya jangkakan, saya bagi dia tiga atau empat hari untuk tenangkan fikiran , ” katanya yang sudah

menyelesaikan masalah dengan Hans dengan baik.

Kata Erra, Hans juga memaklumkan dia bercerita kepada kawan tetapi versi yang keluar dalam media berbeza daripada apa yang disebut.

“Kami sudah okey. Dia keluarkan kenyataan itu tengah emosi. Hans ada menghubungi saya dan semuanya sudah selesai sekarang.

“Bagi saya, masing-masing buat salah dan semua berbaik sebagai kawan sekarang.

Selepas ini, saya tidak ingin komen lagi mengenai Hans atau Emran lagi. Apa yang berlaku selepas ini saya serahkan pada Tuhan,” katanya.

Hubungan intim Erra dengan Hans mula menjadi bualan ramai ketika mereka berlakon bersama dalam filem Persona Non Grata terbitan Nizarman Productions pada 2005.

Selepas Erra bercerai dengan Yusry pada 2006, sekali lagi hubungan istimewa Erra dengan Hans kembali diperkatakan apabila Hans menghadiahkan jam tangan Rolex bernilai RM10,000 sempena hari jadi Erra ke-33 pada Februari lalu.

Source: Harian Metro